Hari pertama:
Awal pagi dah bangun, mandi dan sarapan. Bersemangat nampaknya Yusuf nak pergi sekolah. Sampai di sekolah. Yusuf tak nak lepaskan tangan saya. Dia mahu saya masuk ke dalam sekali denganya. Cikgu ambil pun dia tak nak. Saya dan suami tunggu di luar pagar sekolah. Hari pertama biarlah tunggu dulu. Tengok-tengokan dia dari jauh. Dari luar kami nampak Yusuf berlari keluar sambil dikejar oleh cikgunya. Alahaaiii Yusuf...
Hari kedua:
Sampai sekolah, laju saja Yusuf keluar dari kereta. Tapi masih Sama macam hari pertama. Masih nak saya ikut sekali dengannya. Cikgu ambil pun tak nak. Masih tarik-tarik tanganya. Tak mahu cikgu pegang tangan dia. Kali ini saya dan suami tidak lagi menunggu diluar.
Hari Ketiga:
Seperti hari pertama dan hari kedua juga, awal pagi Yusuf sudah bangun, mandi dan sarapan. Kali ini dia tak lagi tarik-tarik tangan bawa saya masuk kedalam. Cikgu datang ambil pun, dia tak lagi lari keluar dan tidak lagi berdukung macam hari pertama..^^
Hari Keempat:
Kejutkan Yusuf. Alahaii.. liatnya dia bangun kali ini. Makan pun kena disuapkan. Masa dalam perjalanan ke sekolah, sempat lagi tidur sekejap dalam kereta. Tapi hari ini kelihatan Yusuf sudah dapat menyesuaikan diri. Selepas letak selipar atas rak, terus saja dia masuk tanpa tangannya dipegang. Alhamdulillah..
Hari Kelima:
Seperti biasa saya hantar Yusuf depan pintu sekolah. Masuk dengan senyuman malu-malunya sambil beri salam. Suara pun malu-malu macam senyumannya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang minggu orentasi Yusuf tidak menangis....^^
Setiap kali ambil Yusuf di sekolah, Dia mesti tunjukkan pada saya dan suami hasil kerjanya.. ^^ |
Hari ini hari kedua sesi persekolahan 2015. Semua anak-anak saya bersekolah sebelah pagi. Pagi tadi Yusuf tak sabar nak ke sekolah sebab nampak abang-abangnya semua dah kesekolah. "Mummy cepatlah...jum...".
Anakku baik-baik di sekolah. Moga besar nanti jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.