Setiap kali dapat ikan suami mesti kirimkan gambar melalui Whatsapp. Tak kisah dah lewat malam, gambar kegembiraan anak-anak suami hantar. Seronok melihat anak-anak angkat pancing bagi tengok ikan yang mereka dapat. Segar balik dari tidur hehe..
Ikan Utik |
Ikan MJ |
Hero sulung saya. Dapat seekor ikan MJ. Ini kira ikan pertama yang dia dapat sepanjang dia memancing. Selalunya balik kosong sahaja. Malam semalam rezeki menyebelahi dia. Terkejut sedikit bila pancing mengena, katanya.
Saya paling suka bila dengar anak-anak bercerita pengalaman mereka memancing. Sambil menyiang ikan sambil mendengar mereka bercerita. Kadang-kadang ikan terlepas, mata kail menyangkut ataupun putus, umpan habis di makan tapi ikan tak sangkut dan macam-macam lagi. Ada sekali anak ceritakan "Abah dapat ikan macam berus tandas"...Hehe...Gambar tak ada ambil. Teringin juga nak melihat rupa bentuk ikan itu. Macam mana lah agaknya rupa ikan tu.
Pengalaman memancing yang menyeronokkan buatkan anak-anak saya tidak sabar menunggu hujung minggu.Walaupun menunggu lama ikan mengena. Kadang-kadang dapat ikan cuma seekor dua. Kadang-kadang tak ada. Yang paling seronok kata anak-anak saya ialah bila si ikan menyambar umpan dan menyangkut. Tarik pancing, lawan kuat dengan ikan..^^