YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Thursday, June 19, 2014

Sekali Lagi Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang

Sekali lagi datang ke sini. Jalan-Jalan Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang. Untuk kali kedua di waktu cuti sekolah minggu lepas. Kami ke sana sekali lagi dihujung minggu kedua cuti sekolah. Kami sekeluarga sampai lebih kurang jam lapan lebih pagi. Datang awal, takut kehabisan susu segar macam hari itu hehe...


Desa Cattle, Mesilau,Kundasang

Berhenti sekejap dekat pintu masuk Desa Cattle. Bergambar bersama dengan anak-anak. Kalau sebelum ini kami datang, Gunung Kinabalu betapuk(bersembunyi) di sebalik awan. Kali ini ia kelihatan. Nampak cantik sekali. Hujan renyai-renyai masa ini. Jadi berposing pun sekejap saja. 

Sewaktu kami sampai pengunjung belum ramai. Parking kereta pun senang dapat. Parking depan kedai Desa Cattle. Bila masuk saja kedai, benda yang pertama sekali dicari ialah susu segar..^^.. Susu di sini memang sedap. Terasa kesegarannya. Susu perisa coklat jadi pilihan saya. Pudingnya pun sedap. Saya sukakan puding yang perisanya vanilla. Kalau korang datang sini, mesti cuba..

Makan-makan..

Anak-anak pula sukakan aiskrimnya. Tapi masa hendak membelinya, aiskrim belum ada. Kena tunggu 15 minit. Terlebih awal agaknya kami sampai hehe... Sambil menunggu kami nikmati dulu susu segar, puding dan sosej yang suami beli. Tidak sampai pun 15 minit aiskrim pun datang. Laju saja tangan anak-anak mencapai aiskrim dimeja. Masing-masing ingin merasanya. "Macam nda pernah makan eskrim bah..><" Sedang kami makan-makan, hujan renyai-renyai turun lagilah pula. Kebetulan payung tidak berpasang. Kami pun cepat-cepat berpindah ke kerusi tepi bangunan kedai. Kalau hari itu payung terpasang sedia. Tapi apapun memang seronok menikmati suasana indah ala-ala New Zealand di sini. Bestt..^_~


p/s: Maaf korang semua. Masih belum terbalas lagi kunjungan kalian.

Thursday, June 12, 2014

Nasi Linopot

Nasi Linopot... Pernah dengar?..

Ini merupakan salah satu resepi tradisional kegemaran saya. 'Linopot' dalam sebutan bahasa Dusun yang bermaksud dibungkus. Nasi ditanak bersama dengan ubi keladI/keledek/kayu/manis. Selepas dimasak ia akan digaul hingga nasi dan ubi menjadi sebati. Satu alat khas berbentuk leper panjang yang dipanggil 'Gigiyu' digunakan untuk menggaul. Selepas itu ia akan dibungkus (Linopot) menggunakan daun.

Sewaktu di kampung minggu lalu, Ibu tunjukkan cara-cara bagaimana hendak membuat Nasi Linopot ini. Ini sebenarnya atas permintaan anak-anaknya yang teringin sangat mahu makan Nasi Linipot. Ibu dengan gembira tunjukkan cara-caranya. Siap suruh saya rakamkan lagi hehe..

Ubi keladi..
potong tangkai..kupas dan hiris

Ibu gunakan ubi keladi untuk dicampurkan dalam Nasi Linopot ini. Ubi ini ibu tanam sendiri di kebun kecilnya. Ubi keladi sudah sedia dibersihkan. Tinggal dipotong dari tangkainya. Tangkainya pula ibu simpan untuk ditanam balik. Lepas itu kulit ubi keladi dikupas kemudian dihiris tebal. Kalau ikut cara ibu menghiris ubi itu, comfirm jari ni terhiris sekali. Cepat dan nampak mudah saja ibu lakukan. Saya kalau nak mengupas atau menghiris mesti gunakan dulang. Tapi ibu, tidak.

Ubi Keladi direbus..

Ubi keladi tadi direbus terlebih dahulu. Kata ibu untuk hilangkan lendir dan gatalnya. Rebus jangan sampai jadi lembik pula. Agak-agak bertukar warna ok lah tu. Atau pun bila nampak berbuih bolehlah diangkat, ditoskan kemudian dicuci dengan air bersih.

Selepas itu cuci beras agak-agak dalam empat lima gelas macam tu. Jika inginkan rasa ubi keladi lebih, beras kena kurangkan sikit. Kakak lebih suka makan Nasi Linopot yang ubi keladinya banyak. Begitu juga saya. Rasa sedap dan wangi bila dimakan. Setelah beras dicuci sukat airnya macam masak nasi biasa, barulah ubI dimasukkan. Letak rata dibahagian atas. Kemudian bubuh sedikit air lagi. Selepas itu masak dengan api yang sederhana. Setelah masak baru digaul menggunakan Gigiyu.

Kayu Gigiyu

Kayu berbentuk leper panjang. Itu lah yang saya sebutkan tadi, 'Gigiyu'.. Alat ini diperbuat daripada sejenis kayu. Digunakan untuk menggaul nasi dan ubi hingga sebati dan mampat. Dulu masa kecil-kecil selalu nampak arwah nenek gunakanya bila buat Nasi Linopot. Sampai sekarang masih lagi tersimpan elok. Kayu Gigiyu ini juga mengingatkan saya tentang kisah Burung Wodik yang selalu nenek ceritakan dulu.

Nasi Linopot &
  Ikan Terubuk Masin Sarawak
Sepatutnya dibungkus dalam daun. Nasi diletak atas daun dan dibentuk menjadi bulat. Kemudian dibungkus. Daun yang selalu ibu gunakan ialah daun Tarap. Ada juga daun yang lain biasa digunakan, tapi saya tidak ingat namanya. Oleh kerana daun tiada, jadi makan sajalah menggunakan piring. Makan bersama dengan Ikan Terubuk Masin Sarawak yang digoreng kering oleh abang ipar. Memang sedap dan menyelerakan. Lagi bertambah berselera bila makan beramai-ramai bersama keluarga. Untuk Ibu tersayang, terima kasih kerana masakkan Nasi Linopot untuk kami..^^..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...