YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Saturday, May 10, 2014

Pengorbanan Dan Jasa Mu Tidak Ternilai

Sewaktu Mengandung, Menahan sengsara selama sembilan bulan.
Sewaktu mengidam, sukarnya mencari apa yang diidamkan.
Sewaktu Melahirkan, bertarung nyawa antara hidup dan mati.
Sewaktu Membesarkan, bertahan dengan karenah anak yang pelbagai.
Berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Ketika sakit ibu bersengkang mata menjaga. Menyuapkan makanan. Merawat hinggalah sembuh.
Ketika hari pertama ke sekolah ibu mengejutkan dari tidur, menyiapkan agar tidak lewat ke sekolah.
Ketika sedih, ibu memeluk memujuk agar tidak bersedih. Memberi semangat. Memberi kata nasihat.
Ketika jatuh terluka, ibu meniup lembut luka itu. Menyapu ubat pada luka.
Ketika berjauhan ibu sentiasa akan teringat-ingat. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya.



Wahai Ibu kasih mu, pengorbanan mu, jasa mu sangat lah besar. Tidak terkira, tidak ternilai harganya, tidak termampu membalasnya. Terima kasih ibu kerana melahirkan diri ini kedunia dan memberi kasih sayang yang tidak terhingga.

Wahai anak hargailah ibu mu selagi masih ada. Sayangilah ibu sepertimana ia menyayangimu sepenuh jiwa raganya.

Selamat Hari Ibu buat Ibu tercinta. Saya sayang ibu. Ampunkan segala dosa-dosa anakmu ini. Buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu. Moga kita sebagai ibu dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak sepertimana yang ibu kita lakukan..

Tuesday, May 6, 2014

Ikan Liking Dari Kota Belud Sabah.

Kalau hari itu entry tentang Ikan Terubuk Masin Sarawak pemberian dari rakan sekerja suami, kali ini pula Ikan masin dari Kota Belud, Sabah. Ikan masin yang dipanggil Ikan Liking. Suami beli sewaktu ke Kota Belud minggu lalu. Ikan Liking ini diperbuat daripada Ikan Talang. Dibelah dua kemudian dilumur dengan garam dan lada. Selepas itu dikeringkan.

Ikan Liking 

Ikan masin yang suami beli. Ada dua jenis suami beli. Yang warna merah itu lah Ikan Liking. Sebelahnya pula yang biasa punya. Suami beli dengan harga RM18 satu.


Goreng & perah limau..

Ini selepas dimasak. Masak ringkas sahaja. Potong kecil-kecil kemudian goreng. Masa menggoreng tu, baunya sangatlah sedap. Wangi sangat. Sesiapa yang menghidunya pasti terus terasa lapar. Yang memasaknya pula sambil menggoreng sambil telan liur hehe..

Lepas digoreng saya perah dengan limau. Rasa Ikan Liking yang cuma didapati di Kota Belud ini memang enak..sedap sekali. Isinya tebal dan tidak banyak tulang. Kalau dimakan bersama Jeruk Buah Bambangan lagi umpph...^_~

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...