Keinginan Hero kedua dan puteri sulung ingin memiliki buku cerita baru akhirnya tertunai juga sewaktu cuti sekolah sempana Tahun Baru Cina baru-baru ini. Bukan main seronok lagi dorang bila tahu akan di bawa ke kedai buku. Kedai buku yang kami pergi ialah di kedai buku HARRIS, 1Borneo. Asalnya si Kaka dan Hero kedua saya yang beria-ia sangat ingin mencari buku cerita baru. Tapi si adik dua orang pun tidak mahu ketinggalan. Turut sama juga mencari buku.
hasil pencarian di kedai buku HARRIS.. |
Hasil pencarian selepas puas membelek-belek. Enam buah kesemuanya. Dua buah buku cerita untuk Hero kedua. Dua buah juga buku cerita untuk Hero ketiga. Sebuah untuk Hero keempat dan sebuah untuk Abah. Kaka pula..tiada beli apa-apa. Katanya buku yang dicarinya tiada. Oleh kerana tiada card member semuanya berharga RM73.90. Diskaun tara ada... Nanti lepas ini kena join member lah. Boleh bayar kurang sikit dari harga asal..
Kedai buku HARRIS 1Borneo |