Baru-baru ini saya mendapat satu komen dari Selipar Nenek dalam entry saya di SINI. SN berkongsi pengalaman tentang beliau kena Apendiks. Korang boleh baca komen yang telah saya printskrin dan kongsikan di sini.
Kalau melalui cerita SN, apendiks yang dialaminya ini memang di tahap yang berbahaya sebab telah pun PECAH di dalam perut. Disebabkan itu, SN dibedah segera sebab kuman telah pun merebak ke paru-paru. Tapi walaupun doktor beri 50-50 peluang, alhamdulillah SN selamat menjalani pembedahan itu. Dan nasihat SN.. Hargai nyawa..APENDIX!! jangan diambil mudah kerana ia boleh membawa maut.
Jadi sama-samalah kita menjaga kesihatan diri. Kalau boleh jangan kita pandang ringan..pandang mudah walau apapun penyakit itu. Kepada SN terima kasih kerana berkongsi pengalaman tentang Apendiks ini. Semoga SN akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan menjalani hidup seharian dengan gembira.