YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Wednesday, January 15, 2014

Bun Sosej Goreng

Ini sebenarnya hendak menunaikan janji pada rakan di G+ +Nur Emylia atau lebih mesra dengan panggilan Kak Long. Janji tahun lalu, baru tahun ni ditunaikan huhu...Sorry ya Kak Long.. Lambat share.

Dapat resepi ini dari sahabat adik ipar saya. Kali pertama membuatnya bersama adik ipar di rumahnya. Baik betul sahabat adik ipar tu. Penuh kesabaran mengajar mama-mama yang baru belajar melalui Whatsapp. Dan hasilnya menjadi lah juga..^_^

Lepas itu sekali lagi saya mencubanya bersama dengan anak-anak di rumah. Dan bahan-bahannya macam di bawah ni...
  1. 300 gm Tepung
  2. 60 gm gula aising
  3. 1 biji kuning telur (putih untuk sapu)
  4. Bread Crumbs
  5. 20 gm shortening
  6. 1 sudu kecil baking powder
  7. 16-17 sosej
  8. 1sudu besar Yis 
  9. 175 ml air
Kemudian cara-caranya pula, ikut di bawah ni:

1. Larutkan Yis dalam air 175 ml. Biarkan.

2. Tepung, gula aising dan baking powder di ayak dan gaul rata dalam mangkuk besar.

3. Buat lubang di tengah-tengah dan masukkan shortening dan juga kuning telur. Gaul sampai rata.

bun sosej goreng, resepi
kasi gaul dia..

4. Kemudian masukkan yis yang telah dilarutkan dalam air. Part ini anak-anak berebut mangkuk yang berisi yis tu. Semuanya teringin mencuba nak tuang yis dalam mangkuk besar itu.

cara-cara membuat bun sosej
si abang diperhatikan oleh d
ua orang adiknya...

5. Uli dengan tangan hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Letakkan sedikit shortening dalam setengah sudu besar macam tu, dan sedikit tepung jika doh masih melekat di tangan. Kemudian uli lagi sampai lembut dan elastik. Biarkan beberapa minit hingga doh menjadi kembang.

Bahagian sini lah lama sikit menguli masa pertama kali buat. Nasib baik sahabat adik ipar tu penuh kesabaran mendidik kami hehe..

doh bun kembang
haishh..jari sapa lah tekan-tekan doh tu..

6. Selepas itu bulatkan doh menjadi bentuk yang kecil dalam saiz yang sama. Tapi hasil kerja kami anak beranak macam bawah ni saiznya tidak sama. Ada kecil ada besar.

sampai tenganga dia..

7. Kemudian gelek doh memanjang dan lilitkan pada sosej. Selepas itu sapu putih telur dan taburkan lah dengan bread crumbs atau serbuk roti atau habuk roti atau apa je lah panggilannya. Yang penting bentuknya macam bawah ni.

1.sosej belah dua. Kalau malas belah, tak perlu belah pun ok juga..
2.Tabur dengan bread crumbs. Kalau malas tabur, tak perlu tabur pun ok juga..

8. Biarkan mengembang beberapa minit sekali lagi. Kemudian goreng sampai kekuningan dengan api yang sederhana. Jangan guna api kuat nanti dalamnya tidak masak.. Dan rajin-rajin lah balik-balikannya. Nanti jadi macam bawah ni warnnya tidak sekata..

bun sosej goreng
Anak-anak...!! Jom mamam Bun Sosej Goreng ni..^__^

Yang ni pula permintaan dari +Atie Yusof yang mau tengok hasil bun di entry saya di Sini..Yang atas tu boleh-boleh lah..Sikit keras lah.. tapi yang bawah tu betul-betul ndak bole owh aTie..Pahit!! hehehe...

Bun Sosej Keras dan Terbakor!!

Buah cempedak di luar pagar,,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya mama baru belajar..
Bun tak jadi jangan gelakkan..
hehehehe....


Hah!! siapa mau beli pantun ni? Beli jangan tak beli...hehehe...

Tuesday, January 14, 2014

Makanan Kegemaran Rasullullah S.A.W

Salam Maulidur Rasul buat semua rakan Blogger dan semua yang beragama Islam. Sama-sama kita sentiasa ingat Nabi Muhammad dan mengikut sunnahnya.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


p/s:Whatsapp dari adik ipar share di sini..^_^


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...