Sambil tengok siaran ulangan Maharaja Lawak Mega sambil-sambil juga tangan ini menchek akaun Nuffnang yang lama tidak dijenguk. Dan tengok, ada pula CPUV dari nuffnang 01 November 2013 yang telah pun credited. Walaupun lama tiada update blog ada juga CPUV masuk bulan November. Satu lagi CPUV 03 September 2013. Juga telah pun credited..
Err..Belum mahir sebenarnya bagaimana hendak menerangkannya. Tapi apappun alhamdulillah rezeki yang masuk ini. Setelah sekian lama menunggu akhirnya ada juga CPUV dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang, pihak pengiklan juga kepada korang semua yang sudi datang berkunjung ke blog ini...Pounsikou dan selamat berhujung minggu semua...^_^
Saturday, January 11, 2014
Friday, January 10, 2014
Hari Pertama Naik Bas Sekolah
Masih ingat entry saya di SINI..Hah! ni lah dia anak buah saya, Lolit yang saya daftarkan tahun lalu. Baru saja masuk sekolah tadika tahun ini. Hari ini merupakan hari pertamannya naik bas sekolah. Sebelum ini adik yang hantar dan ambil. Bagi dia cuba pula hari ini naik bas sekolah.
Sampai rumah tadi, nampak wajahnya tidak ceria. Maknya kata Lolit menangis tidak mahu naik bas sekolah. Sampai terbaring di jalan menangis sebab tidak mahu naik bas pulang. Hadoii!! dapat bayangkan anak buah saya ni terbaring sambil menangis hehehe...
Dan sepanjang perjalanan pulang Lolit asyik bertanya pada Maknya dan sambil juga menangis.
"Mummy kita pulang tempat Daddy juga ka ni"
Takut dan risau dia tidak sampai rumah. Minggu depan tidak tahu lagi macam mana si kecil ni. Harap-haraplah tiada lagi terbaring menangis macam tadi hehe..
![]() |
Semangat awal pagi bangun dan bersiap ke sekolah.. dan pakai kasut sendiri |
Dan sepanjang perjalanan pulang Lolit asyik bertanya pada Maknya dan sambil juga menangis.
"Mummy kita pulang tempat Daddy juga ka ni"
Takut dan risau dia tidak sampai rumah. Minggu depan tidak tahu lagi macam mana si kecil ni. Harap-haraplah tiada lagi terbaring menangis macam tadi hehe..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)