Calit dakwat di jari telunjuk..
tanda sudah menggundi..
Sampai saja, orang ramai sudah beratur panjang. Tapi yang bagusnya ibu bersama anak kecil didahulukan untuk mengundi. Jadi saya tidak perlu beratur panjang menunggu giliran untuk mengundi sebab Nur Maryam sedang melekat di badan saya hehehe....
Hulur kad pengenalan..cek nama dan dengan suara yang kuat nama saya disebut dengan jelas. Kemudian calit dakwat di jari telunjuk tangan kiri. Sambil dukung Nur Maryam sambil pangkah..masuk peti..selesai dan keluar. Sempat juga berbual-bual dengan orang kampung yang bersemangat mahu mengundi..
Lega sudah sebab tangungjawab telah selesai terlaksana..Korang macam mana..sudah selesaikan tanggungjawab..?