Bagi ibu yang punya anak yang aktif mungkin pernah alami situasi macam bawah ni kan..hehe..Memang sukarkan mengawal anak yang aktif. Ada saja perkara yang mereka lakukan.
panjat tinggi-tinggi
(sumber G+)
Hero bongsu saya yang berumur 2 tahun lebih mempunyai hobi serupa budak perempuan di atas itu. Aktif sangat. Ada saja yang dibuatnya. Dia akan tarik laci almari untuk dijadikan tangga supaya boleh panjat naik ke atas. Lepas itu bongkar semua barang-barang yang ada di atas almari. Tang..tung..tang..tung..barang-barang habis semua jatuh berhamburan. Terkejut..terlompat saya dibuatnya. Kalah tang..tung..tang..tung MaMaRey di dapur hehe..
argghh..terjatuh..nasib baik si ibu sempat sambut...Terkezutt si adik..
(Sumber G+)
Yang ini pun pernah berlaku. Pernah dilakukan oleh Puteri dan Hero sulung saya. Masa itu umur mereka berdua antara 4-5 tahun. Kedua-dua mereka cuba buat aksi spiderman tepi almari dan dengan tidak disangka-sangka..Kebooomm..Almari tu jatuh rebah ke lantai. Nasib baik panjat tepi almari. Kalau panjat macam budak perempuan atas itu memang kena hempap mereka berdua. Terkejut terjerit secara spontan dibuatnya.
Memanjat, melompat, menconteng, lari pecut..Itulah antara aktiviti kesukaan hati mereka. Tidak sah kalau tidak dilakukan dalam sehari..Melukis, mewarna antara aktiviti yang buat anak-anak saya duduk diam. Pelbagai lukisan yang dorang hasilkan. Siap bagi tunjuk pada saya dan tidak lupa juga bagi tunjuk hasil seni mereka yang pelbagai di dinding rumah..uhuhu..Sabor jerlah..:(