YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Friday, March 8, 2013

Terima Kasih Wahai Pewira

Gambar: ♥ Terima kasih pewira - pewira negara..

Bangga dengan Pewira-Pewira kita yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahan Negara tercinta kita, Malaysia..Kagum dengan mereka, walaupun ada anggota terkorban..tercedera..namun semangat juang mereka tetap berkorbar..Berjaga 24 jam tanpa henti demi kembalikan keamanan..Betapa besar pengorbanan mereka.  Semoga pewira-pewira kita akan kembali dengan selamat. 


Gambar: MALAYSIA WUJUD BENTENG PERTAHANAN DI SEPANJANG PERAIRAN PANTAI TIMUR SABAH

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Malaysia mewujudkan benteng pertahanan di sepanjang perairan pantai timur Sabah bermula dari Kudat di bahagian Utara hingga ke Tawau di bahagian Tenggara bagi menyekat sebarang elemen pencerobohan
terutama dari wilayah kepulauan di selatan Filipina.

Perisytiharan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibuat berikutan kejadian pencerobohan kumpulan militan dari Sulu di Lahad Datu 12 Feb lepas dan sehingga kini insiden itu masih berlanjutan.

"Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah...soal Sabah dalam Malaysia tidak harus dipertikai oleh sesiapa," kata Najib selepas melawat kawasan ''ground zero'' di Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah.
Kawasan Keselamatan Khas Sabah itu merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, dan kerajaan akan menempatkan lima batalion tambahan terdiri daripada pasukan tentera dan polis di kawasan itu.

Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.

Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.

Pada Selasa pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb dan pasukan keselamatan kini meneruskan operasi dengan tindakan susulan dan penggeledahan.

Selepas tiga hari gerakan ofensif dilancar, pasukan keselamatan negara masih mendapat tentangan daripada kumpulan pengganas militan itu dan hari ini berlaku dua kejadian berbalas tembak iaitu di Kampung Tanduo yang merupakan kawasan kumpulan itu bertapak dan di Tanjung Batu.

Seramai 32 musuh terbunuh dalam pertempuran hari ini iaitu 31 dalam kejadian pada 11 pagi di Tanjung Batu dan seorang dalam kejadian 6.45 pagi di Kampung Tanduo.

Tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban manakala 52 pengganas militan terbunuh.

Menegaskan pendirian Malaysia, perdana menteri berkata operasi bagi memburu kumpulan penceroboh militan itu akan diteruskan dan Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Beliau berkata Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan sebelum melancarkan gerakan ofensif.

"Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh lapan anggota polis kita," kata Najib yang melahirkan rasa puas hati dengan keberhasilan operasi bersama pasukan polis dan tentera itu.

Laporan media dari Filipina hari ini memetik Jamalul Kiram III meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pula menyeru agar ''keganasan'' di Sabah, dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku. - BERNAMA

Terima Kasih wahai Pewira semua, kerana berjuang demi mempertahankan keamanan negara.  

sumber pic dari sini

Thursday, March 7, 2013

Tarian Harlem Shake

Mula-mula dengar nama Harlem Shakeingatkan nama orang. Rupa-rupanya Harlem Shake ialah sejenis tarian.  Tarian Harlem Shake ini adalah langkah tarian yang popular tahun 80-an. Bermula di kawasan Harlem New York, dan popular dalam video muzik.  Telah dimuat naik di You Tube pada 30 Januari 2013.  Dalam video ini, korang boleh lihat beberapa orang lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake ini.  Info lanjut boleh baca sini

 Power Ranger tengah berHarlem Shake..
sumber:google

Sebelum ini tarian kuda Gangnam Style oleh Psy digilai ramai, sekarang pula demam tarian Harlem Shake melanda.  Hinggakan banyak Parody yang di upload di youtube.  Kalau korang mahu tengok boleh cari di You Tube.  Diingatkan tarian ini tidak berapa sesuai ditonton oleh kanak-kanak.  Sebabnya terdapat unsur-unsur yang kurang menyenangkan mata (lucah) untuk ditonton oleh golongan kecil.  Saya sendiri pun kurang berkenan menontonnya.

Kalau di tengok dalam video, tarian ini dimulakan oleh seorang diri saja.  Tapi selepas itu dilakukan beramai-ramai dengan gaya tarian ikut suka-suka hati.  Gerakan bahu, pinggang, tangan dan semua badan dilakukan secara pantas.  Macam orang kena sawan pula hehe..   
Mungkin korang ada baca berita mengenai 15 orang pelombong emas di Australia dipecat oleh majikan.  Dipecat selepas menari tarian ini di tempat melombong huhu...Kesemuanya punya gaji 6 angka.  Betapa ruginya hilang kerja, hilang gaji, gara-gara menari tarian Harlem Shake ini.  Minat terlebih sangat agaknya dengan Harlem Shake ni.  Baca sini untuk lebih lanjut lagi.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...