KUALA LUMPUR, 1 Mac — Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah
berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan
bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.
The
Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah
dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4
petang.
“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan,
yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak dipetik The Star Online.
Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera
Lebih lanjut di sini
AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan
Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal
dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo.
Isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat
Sumber:https://www.facebook.com/supportpdrm
Takziah kepada kedua-dua ahli keluarga allahyarham. Sedih tengok gambar isteri allahyarham Insp. Zulkifli di atas tu. Dapat bayangkan perasaanya..Anak-anak pun masih kecil lagi. Semoga ahli kelurga kedua-dua pejuang kita yang terkorban, tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
# Sahabat blogger kita Atie yang berada di Lahad Datu pasti dalam kebimbangan semasa kejadian. Bagaiman agaknya keadaan sebenarnya di sana sekarang..