Baru saja pulang rumah setelah selesai beli barang bersama-sama dengan kawan baik saya. Kongsi sikit pengalaman saya yang telah berlaku tadi..
Dipendekkan cerita, saya dan kawan baik saya telah singgah di satu kedai setelah selesai urusan tujuan asal kami. Sebelum masuk kedai itu, saya singgah sebentar untuk membeli reload. Setelah lama membelek-belek dan mencari kesukaan hati yang hendak dibeli, kami pun turun ke tingkat bawah untuk membuat pembayaran.
Sewaktu hendak membuat pembayaran, saya baru menyedari dompet buruk saya tiada dalam beg..Beg telah diselongkar beberapa kali tapi tidak juga menjumpainya. Kami naik ketingkat atas semula, habis tempat kami selongkar..turun naik tangga tapi tiada juga. Pekerja- pekerja dalam kedai itu juga turut serta bekerjasama membantu kami mencari. Lama juga kami mencarinya.
Lutu mula bergegar..Apa tidaknya kad pengenalan saya..mykid anak-anak saya wang dan beberapa kad lagi ada dalam dompet saya..Air mata mula mahu keluar..huwaaa..Risau Mr.Sawo akan bebel tahap gaban..huk..huk..Saya telefon dengan nada yang hampir mahu menangis.
Mr.Sawo menyuruh agar mencari sekali lagi dengan mengulang semula perjalanan saya semasa masuk kedai itu. Dengan bacaan bismillah, saya memulakan pencarian dari mula saya turun kereta..masuk kedai..cari di tingkat bawah..naik tangga..cari di tingkat atas..turun semula..cari di bawah tapi tidak jumpa..Saya kembali ke kereta dengan wajah yang putus asa dan dengan lutut yang masih bergegar-gegar..
Kawan baik saya rasa tidak puas hati..Dia menyuruh semula saya pergi mencari. Tapi saya kata.."Nda apa lah tu"..dengan nada putus asa.. Kawan saya memujuk "cuba lagi cari"..Setelah beberapa kali berkata begitu saya pun turun semula dari kereta..Untuk kali terakhir mencarinya..
Semasa lalu tempat saya membeli reload telefon tadi, saya ternampak adik yang menjual realod tu..Saya bertanya dan dengan serta merta saya hampir melompat bila adik tu kata "ada"...Alhamdullilah jumpa semula..Di situ pula dompet buruk saya berehat sebentar..Lutut berhenti bergegar..hehe
Lega tidak terkata..air mata hampir keluar kerana gembira..Rupa-rupanya saya tertinggal dompet semasa singgah membeli reload tadi..Nasib baik lah adik tu jujur. Tiada apa-apa yang hilang. MaMaRey yang sangat cuai..huhu
Semua tempat saya jejaki apabila Mr.Sawo menyuruh mengulangi semula perjalanan kami masuk ke kedai itu, kecuali kedai reload itu..
Inilah kecuaian saya pada hari ini yang telah menyebabkan lutut saya bergegar-gegar ..Perkara ini telah menjadi pengajaran bagi saya agar tidak cuai lagi..Korang jangan ikut macam saya ya..
Monday, February 25, 2013
Friday, February 22, 2013
Waktu Minum Air Yang Betul
sumber:fb
Pertama tu, rajin saya lakukan..Minum 2 gelas air setiap kali bangun. Badan pun rasa segar bila awal pagi minum air. Baru tahu pula minum air boleh menggiatkan organ dalaman. Beruntung organ dalaman badan ini kerana selalu disirami air di awal pagi hehe..
Yang kedua jarang dilakukan. Kalau perut sudah lapar mana lagi ingat mahu minum air. Tambah-tambah lagi kalau makanan depan mata tu ialah kesukaan hati. Sudah tentu akan menggoda selera yang kuat makan ini, ngap terus..:D..
Ketiga..belum pernah lagi. Sebabnya baru tahu..Kena diamalkan juga ni walaupun tekanan darah setakat ini menyenangkan hati.
Keempat pula, ada dilakukan. Tapi kadang-kadang terlena terus masa susukan Nur Maryam. Bila terjaga, malas pula bangun mahu minum air..layan tidur..layan mimpi. Yang ini pun baru tahu, minum air sebelum tidur boleh elak serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Kalau betul-betul diamalkan waktu minum air yang betul macam diatas, kompem sihat sejahtera kan..:) Jom kita amalkan waktu minum air macam diatas...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)