YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Sunday, January 27, 2013

Roti Kaya Goreng

Pagi-pagi tadi, seorang anak saya meminta agar saya membuat roti seperti roti yang dimakannya di sekolah.  Anak saya kata roti sahabatnya yang dibawa dari rumah rasanya sedap.  Dia kata "roti tu sapu dengan kaya dan celup dalam telur lepas tu goreng". Dia siap beri cara-caranya supaya saya boleh buatkan untuk dia...:)

Maka untuk memenuhi permintaannya saya buatkanlah untuk dia dan juga untuk semua anak-anak yang lain.


Ini bahan-bahannya: Roti, kaya dan telur


Cara-cara membuatnya: 
  1. Roti disapu dengan kaya. 
  2. Celup roti dalam telur yang telah dipukul macam pic diatas.  
  3. Goreng dalam minyak panas.
  4. Angkat bila ia kelihatan kekuningan.
Roti Kaya Goreng yang sedang menunggu diserbu

Inilah Roti permintaan anak saya.  Siap untuk dimakan.  Saya namakan Roti Kaya Goreng hehe..  Mudah, ringkas dan cepat disediakan.  Sarapan awal pagi untuk anak-anak.

"esok pagi, pegi sekolah saya mau bawa roti ni. makan sama-sama dengan kawan".. kata anak saya..Gembira betul dia permintaannya ditunaikan hehe..

"Baik nak..nanti esok pagi Mummy buatkan  lagi ya"..:)   


Saturday, January 26, 2013

Datang Bintang

Hari ini 4 orang anak saya ke sekolah.  Seorang pergi sekolah untuk acara sukan sekolahnya, yang tiga orang pula kesekolah untuk gantian cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina Febuari nanti.  Selepas saja menguruskan mereka ke sekolah, saya berbaring dan terlelap sebentar.

Rasa kurang selesa dengan kedatangan Bintang ini..Selepas bersalin ini kali pertama saya datang Bintang.  Kira banyak juga yang keluar.  Semalam pun kena tukar 2 kali pads.  Mood pun tidak baik.  Pening pun ada, rasa mahu muntah pun ada.  Pinggang pun ada rasa sakit sedikit.  sakit perut pun ada.  Orang kata sakit tu tidak berapa kalau sudah kahawin.

Masa zaman bujang-bujangan dulu, pernah pengsan sekali sebab sakit perut teramat sangat semasa datang Bintang.  Sekarang ada juga sakit tapi tidak lah pernah pengsan lagi macam dulu.

Pantang orang tua-tua pula, tidak boleh cuci rambut, tidak boleh mandi malam dan tidak boleh minum sejuk.  Kalau minum sejuk, memang saya tidak amalkan tapi yang mencuci rambut dan mandi malam itu kadang-kadang terbuat juga.

Macam mahu berehat-rehat dulu lah sekejap, hilangkan rasa tidak selesa ini.  Petang sikit baru BW.  Dengarkan ketukan saya ya..hehe..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...