Pernah dengar Keropok Amplang?..
Keropok Amplang adalah salah satu makanan yang terkenal di Sabah, terutama sekali di Tawau. Kalau tidak percaya tanya tuan punya blog Di Jari Pena Menari, Kak Atie. Anak kelahiran Tawau. Menjadi kemestian membeli keropok ini bila ke Tawau.
Keropok ini diperbuat dripada ikan tenggiri yang dicampur dengan tepung.
Ini bahan-bahannya:
Ikan Tenggiri, Tepung , Kanji, Minyak masak, Bawang Putih, Telur, Gula, Garam dan serbuk perasa yang dibenarkan .
Ada juga perasa udang dan sotong tapi belum pernah cuba lagi. Kena cuba selepas ini.
Saya selalu minta belikan dari seorang kawan yang memang berasal dari Tawau. Dia jual dengan saya RM15. Baru-baru ini minta dua bungkus untuk anak-anak di rumah. Keropok ini memang sedap. Sedap dimakan bila-bila masa.
Tengok keropok ini putih gebu kan..nyam..nyam..Kerangupannya tidak terkata.. Rasa lemak-lemak mencair di mulut. Sekali makan, mahu berkali-kali lagi hehe... Dua bungkus sekejap saja habis. Kalau korang pergi ke Tawau jangan lupa cari Keropok Amplang ini.
# Jangan lupa cari kak Atie juga hehehe..