YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Friday, January 18, 2013

Pantun Nasihat Untuk Anak

Jalan-jalan pergi ke taman
melihat kolam penuh ikan
Tuntun ilmu suluh kehidupan
Bersungguh-sungguh tangga kejayaan

Lutut berdarah tersepak batu
Tergelincir jatuh terseliuh tangan
Syurga dibawah telapak kaki ibu
Kisah Si Tanggang diikut jangan

Tekak kering kerana cuaca
Terasa ingin minum kelapa
Ilmu itu adalah cahaya
Jahil itu sangat merbahaya

pagi-pagi turun ke sawah
sambil memandang Si gunung Daik
Ikutlah resmi padi di sawah
semakin berisi semakin tunduk

Beli gula di kedai Cina
Beli kopi di kedai Melayu
Berbuat Baik pada ibubapa
Kelak anak-anak baik padamu

Terjerit-jerit si kecil Mia
Kaki yang kecil digigit lintah
Jangan suka buang masa
Isi dengan perkara berfaedah


# Lama pula tidak berpantun.  Cipta pantun pun sudah lupa...Terkial-kial mencari pembayang hehehe...

Thursday, January 17, 2013

Boys' Brigade

Petang kelmarin anak saya yang belajar di kelas tahun 4 baru sampai dari sekolah bertanya...

Anak:Mummy boleh saya join Persatuan Boys' Brigade di sekolah..
MaMaRey: Kalau rasa minat, join la..:)
Anak:Tapi kena bayar yuran rm50..bila-bila masa pun boleh bayar..
MaMaRey: Ok..yuran tu jangan risau ya nak..nanti bagitau Abah.  Kalau berminat, join saja..
Anak:Ok..Bestla aktiviti dia..seronok main tadi..(dgn wajah yang gembira)

Saya sebenarnya tidak berapa tahu tentang Persatuan Boys' Brigade ini.  Dulu-dulu disekolah cuma pernah join Persatuan Pengakap dan Pandu Puteri saja.  Maka dengan rajinnya saya mengoogel tentang persatuan ini.  Dan terjumpalah saya maklumat dari sini, Boys' Brigade (BB) Malaysia.

Persatuan ini kira organisasi seragam yang pertama di dunia.  Lebih tua dari Persatuan Pengakap.  Diasakan oleh seorang guru bernama William Alexander Smith pada tahun 1883 dan pernah berkhidmat sebagai Leftenan.
William Alexander Smith

Di Malaysia pula Boys' Brigade mula bertapak pada tahun 1946 dan waktu Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, The Boys 'Brigade dijemput  mengambil bahagian dalam Perarakan Merdeka (Independence Day Parade).  Info lanjut lagi baca di website BB Malaysia

Boys' Brigade juga diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai aktiviti tambahan kokurikulum sekolah.

Persatuan sekolah macam ini memang bagus untuk anak-anak.  Banyak aktiviti yang boleh disertai. Bagi saya tiada halangan untuk menyertai apa-apa pun persatuan sebab kecemerlangan sekarang bukan dinilai dari segi pencapaian akademik saja.  Pencapain kokurikulum juga turut sama dinilai.  Sekarang ini pun muri-murid sekolah wajib kena ikut aktiviti kokurikulum sekolah. 


# psstt... kakzakie huruf 'e' sudah pulih.  Saya ada buat sisatan dan kompem bukan Nastyna yang kacau hehehe...

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...