Anak:Mummy boleh saya join Persatuan Boys' Brigade di sekolah..
MaMaRey: Kalau rasa minat, join la..:)
Anak:Tapi kena bayar yuran rm50..bila-bila masa pun boleh bayar..
MaMaRey: Ok..yuran tu jangan risau ya nak..nanti bagitau Abah. Kalau berminat, join saja..
Anak:Ok..Bestla aktiviti dia..seronok main tadi..(dgn wajah yang gembira)
Saya sebenarnya tidak berapa tahu tentang Persatuan Boys' Brigade ini. Dulu-dulu disekolah cuma pernah join Persatuan Pengakap dan Pandu Puteri saja. Maka dengan rajinnya saya mengoogel tentang persatuan ini. Dan terjumpalah saya maklumat dari sini, Boys' Brigade (BB) Malaysia.
Persatuan ini kira organisasi seragam yang pertama di dunia. Lebih tua dari Persatuan Pengakap. Diasakan oleh seorang guru bernama William Alexander Smith pada tahun 1883 dan pernah berkhidmat sebagai Leftenan.
William Alexander Smith
Di Malaysia pula Boys' Brigade mula bertapak pada tahun 1946 dan waktu Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, The Boys 'Brigade dijemput mengambil bahagian dalam Perarakan Merdeka (Independence Day Parade). Info lanjut lagi baca di website BB MalaysiaBoys' Brigade juga diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai aktiviti tambahan kokurikulum sekolah.
Persatuan sekolah macam ini memang bagus untuk anak-anak. Banyak aktiviti yang boleh disertai. Bagi saya tiada halangan untuk menyertai apa-apa pun persatuan sebab kecemerlangan sekarang bukan dinilai dari segi pencapaian akademik saja. Pencapain kokurikulum juga turut sama dinilai. Sekarang ini pun muri-murid sekolah wajib kena ikut aktiviti kokurikulum sekolah.