Saya belajar buat Kek Batik ini dari kakak saya. Bahan-bahan pun mudah dan ringkas.
Bahan-bahannya:
- 1 bgks Biskut crakers
- 150 g Marjerin
- 1/2 Susu pekat
- 1/2 Susu cair
- 4 sudu Serbuk koko & 4 sudu milo
Cara membuatnya pun mudah dan ringkas:
- Biskut dipatah-patahkan/dihancurkan..
- Panaskan kuali dengan api yang kecil kemudian masukkan marjerin, biarkan cair.
- Masukkan susu pekat, susu cair dan serbuk koko & milo. Gaul sebati
- Tutup api. Masukkan biskut. Gaul bagi dia mesra dengan bahan-bahan tadi.
- Masukkan ke dalam bekas dan ditekan bagi dia padat macam dalam pic di bawah.
Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan sejuk supaya bila dipotong tidak hancur dan nampak cantik. Mudahkan..:) Buat pun sekejap saja. Anak-anak paling tidak sabar tunggu kek ini sejuk sebab tidak sabar mahu makan...hehe..
Inilah rupa bentuk Kek Batik buatan MaMaRey..Sekejap saja habis dikerjakan oleh anak-anak. Lepas habis minta buatkan lagi...Kalau mahu rupa bentuk yang cantik kena susun satu persatu biskutnya. Tapi saya malas mahu buat. Masukkan terus bagi campur semua hehe...
Ok lah kawan-kawan, selamat berhujung minggu dan terima kasih melayan resepi ini..:)