Kongsi sedikit info tentangBulimia atau yang terlalu obses terhadap bentuk badan.
Bulimia adalah gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan. Berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan. Ciri-ciri penghidap bulimia:
Bermula dengan berdiet dan bersenam secara berlebihan.
Makan banyak tetapi memuntahkan semula semua makanan.
Mudah rasa bersalah selepas makan.
Mengambil ubat laksatif atau diuretic serta pil lain.
Pipi kembung akibat pembesaran kelenjar liur kerana selalu muntah dan kerosakan enamel gigi sebelah dalam.
Kesan buruk bulimia:
Berat badan sentiasa turun naik atau lebih sedikit daripada berat normal.
Boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan.
Muntah berulang kali.
Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
Kerosakan lapisan perut.
Degupan jantung tidak seragam.
Kerosakan buah pinggang.
Enamel gigi rosak kerana selalu muntah.
Kerongkong berdarah.
Kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Mula-mula dulu tidak berapa tengok Siri Drama The Walking Dead ini. Tapi melihat suami suka sangat tengok sampai tidak berganjak depan tv saya pun tumpang sekaki tengok. Selepas tengok dua tiga siri rasa minta pula mahu mengikutinya.
Drama ini memang mengerikan dengan zombie yang bermuka buruk sentiasa menunggu mangsa untuk dimakan. Budak-budak 18 tahun ke bawah memang tidak berapa sesuai tengok dan juga yang penakut hehehe... Tengok cara membunuh zombie pun mengerikan. Kena tepat pada kepala baru zombie itu mati. Kalau kena gigitan zombie comfirm bertukar jadi mayat hidup. Siri drama thriller The Walking Dead ini sebenarnya diadaptasi dari buku komik Robert Kirkman yang sama tajuknya dan diarahkan oleh pengarah terkenal Frank Darabont. Apa yang menarik ialah semangat berkumpulan mereka dan pelbagai konflik di antara mangsa-mangsa yang terselamat dari serangan zombie. Apa yang teruk sekali ialah ketakutan mereka terhadap orang-orang hidup yang lebih berbahaya dari zombie tersebut.
The Walking Dead season 3 episode 4. Bahagian yang menyentuh hati bagaimana pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya iaitu Lori. Lori meminta Meggie membelah perutnya bagi menyelamatkan bayi dalam kandungannya. Rasa tidak sabar menunggu kemunculan episod baru febuari 2013.