Pages

Friday, November 30, 2012

Lamban

Nyam..nyam..Lamban..Ini salah satu masakan kesukaan hati. Baru-baru ini bertandang ke rumah adik ipar. Biasanya lamban ini dibuat masa Hari Raya tapi adik ipar teringin sangat mahu makan lamban jadi mamanya pun masakanlah.  

        lamban dan kuah kacang        sedap dimakan dengan kuah kacang

Sampai kat rumah adik ipar, lamban sudah pun siap dimasak.  Tinggal kuah kacangnya saja sedang diproses.

Ibu mertua saya memang pandai masak lamban.  Rasanya lemak-lemak.  Lamban ini dibuat daripada beras pulut. 

Dibungkus dengan daun kelapa selepas beras pulut ditanak separuh masak dalam santan yang dicampur  garam.  Lepas itu dierebus selama 2 jam.  Memang sedap rasanya.  Makan sekali mahu tambah dua tiga kali hehehe..

Kuah kacang ibu mertua

Sedap kalau dimakan bersama kuah kacang, kari daging, kari ayam atau rendang atau yang seangkatan dengannya.  

Pernah sekali masa raya dulu buat lamban dengan ibu mertua tapi jadi tukang bungkus saja.  Kalau bab masak belum  lulus..:D

Thursday, November 29, 2012

Malang Tak Berbau


Kesian bayi ini mati akibat dihempap oleh Raja Buah.  Buah durian yang gugur jatuh menimpa tepat di kepala bayi ini ketika didukung oleh ibunya yang sedang mengambil kain di ampaian.  

Sedihnya membaca berita ini.  Malang memang tak berbau.  Perkara yang tidak kita jangkakan berlaku secara tiba-tiba.

Sumber:Thestar

Wednesday, November 28, 2012

Kerana Hutang Gadai Ibu sendiri

Kerana terdesak seorang anak sanggup mengadaikan ibu sendiri gara-gara berhutang dengan along. Terbaca dalam akhbar  Metro sebentar tadi seorang ibu berusia 63 tahun menjadi mangsa kerana anaknya belum membayar wang Rm10,000 yang dipinjam dari along.

Mengapa masih ada yang mahu berhutang dengan ceti haram sedangkan tahu akibatnya.  Ahli keluarga menjadi mangsanya.  Sebelum ini sudah banyak kejadian berkaitan dengan along hingga menyebabkan cedera parah akibat dibelasah malah ada juga yang mati. 


Syukur si ibu tidak apa-apa setelah 4 jam menjadi tahanan.  Jangan sesekali meminjam dengan ceti haram kelak keluarga menjadi mangsa.  Elakkanlah diri daripada terjebak ke dalam perangkap along.  


Jangan mudah tertarik  dengan iklan yang menjanjikan kelulusan pinjaman yang cepat dan tanpa penjamin. Fikir dulu sebelum meminjam.  

P/S: Kalau jumpa iklan along tanggalkan :)

Monday, November 26, 2012

Span dapur adalah tempat paling kotor di rumah

Baru tadi baca mail online dan terbaca tentang info span ini dalam bahagian kesihatan.

Span dapur adalah tempat paling kotor di rumah.  Ia 200,000 kali kotor daripada tempat duduk tandas. Bakteria yang ditemui oleh pakar boleh menyebabkan sindrom Guillain-Barre yang boleh menyebabkan lumpuh.


Salah satu cara bagi mengelakkan jangkitan penyakit span perlu dibasuh di atas 60C bagi membunuh kuman.


Lepas ini kena mandikan selalu span di rumah dengan air panas.  

Saturday, November 24, 2012

Singkong

Ubi kayu yang direbus.
Anak-anak suka makan campur dengan gula yang dikisar halus.

Singkong atau ubi kayu atau nama saintifiknya Manihot Esculenta Crantz(berbelit lidah).  Sedap dimakan bersama dengan ikan masin, sambal bilis atau ikan bakar waktu panas-panas.  

Orang kata ubi kayu yang diparut boleh mengubati luka.

Friday, November 23, 2012

Penyusuan Di Tempat Awam

Ramai wanita yang mungkin risau bagaimana menyususkan bayi ketika berada di tempat awam.  Di bawah sedikit tips bagaimana caranya.  Harap dapat membantu.
  • Pakai baju yang berbutang.  Kancing boleh dibuka dari bawah dan bahagian atas tidak akan terdedah.
  • Pakai baju dua lapis.  Camisoles atau t-shirt tanpa lengan di pakai di bawah baju utama, supaya apabila baju diangkat untuk menyususkan bayi bahagian perut tidak terdedah. 
  • Jacket juga boleh melindungi badan kita dari terdedah ketika menyusukan. 
  • Baby ring sling adalah cara yang selalu saya gunakan.  Bahagian kain yang panjang digunakan untuk menutup sebahagian badan kita. 
  • Minta suami berada di depan bagi menghalang pemandangan orang awam.
  • Baby walker, tuala atau selimut juga boleh digunakan jika suami sedang sibuk melayan anak-anak yang lain. 
  • Jika ada orang tengok-tengok, pandang-pandang anda, anda tengok dan pandang  balik.  Orang itu pasti akan mengalihkan perhatiannya.  Kalau budak kecil yang berbuat demikan senyum balik pada dia :)
Ibu harus berasa bangga kerana sedang memberi sesuatu yang besar manfaatnya kepada si kecil. Jangan berasa malu dan tidak perlu berkurung di rumah saja kerana risau menyususkan bayi di tempat awam.

Wednesday, November 21, 2012

Mitos Dan Fakta Penyusuan

Mitos: Penyusuan menyusahkan
Fakta: Penyusuan susu ibu lebih mudah berbanding susu botol. Susu ibu adalah percuma, senang,mudah dan sentiasa bersedia untuk digunakan.

Mitos: Penyusuan menyakitkan.
Fakta: Penyusuan susu ibu sepatutnya tidak menyakiti, pada awal penyususan mungkin ibu kurang selesa tetapi selepas minggu pertama dan kedua ibu akan dapat mennyesuaikan diri.

Mitos: Wanita yang menyusukan susah menurunkan berat badan.
Fakta: Wanita yang menyususkan bayi mereka lebih mudah turun beratbadan berbanding yang tidak.  Penyusuan boleh membakar 300-500 kalori sehari. 
 
Mitos: Bayi memerlukan air tambahan.
Fakta: Bayi menyusus sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa sebarang makanan sampingan lain.  Tidak perlu susu formula atau air. Susu ibu mengandungi semua nutrien penuh dan antibodi yang boleh melindungi bayi terhadap penyakit.

Mitos: Apabila bayi cirit-birit atau muntah-muntah, penyususan susu ibu perlu dihentikan.
Fakta: ubat yang terbaik untuk jangkitan usus bayi adalah susu ibu.

Mitos: Susah wanita menyususkan bayi ditempat awam.
Fakta: Banyak teknik menyususkan bayi yang boleh dilakukan oleh wanita.

Mitos: Sukar untuk berjaya menyususkan bayi apatah lagi bagi wanita bekerjaya.
Fakta: Walaupun ibu-ibu baru mungkin memerlukan beberapa amalan sebelum membangunkan keyakinan dalam kemahiran penyusuan, ia adalah aktiviti semula jadi kerana hampir mana-mana ibu dan bayi boleh belajar bersama-sama.

sumber

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.  Ibu-ibu, mama-mama teruskan penyusuan.  Susukan sekurang-kurangnya 6 bulan.  Wanita yang menyususkan bayinya akan mendapat pahala daripada setiap titik susu yang diberikan.  

Sokongan dari suami sangat penting bagi isteri terutama sekali dari segi emosi.

Monday, November 19, 2012

Dadah Pemusnah

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal    pergerakandan perimbangan badannya.

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup bulan, kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .


5. Melemah dan merosak daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .


6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.


sumber


Jangan sesekali menyalahgunakan dadah.  Bila sudah di bawah kawalan dadah macam-macam perkara jadi.  Seperti apa yang berlaku baru-baru ini seorang Bapa khayal dadah sembelih bayi 11 bulan. Ngeri dan menyayat hati.



Friday, November 16, 2012

Senaman Untuk Ibu Mengandung

Bersenam semasa mengandung baik untuk paru-paru, meredakan stress, mengurangkan sakit belakang, sembelit dan membantu ketika proses bersalin dan kelahiran dengan menguatkan lagi otot-otot ibu mengandung.  Cari senaman yang selamat dan sesuai untuk ibu mengandung. Rujuk kepada doktor sebelum melakukan apa-apa bentuk senaman.

Senaman yang selamat untuk ibu mengandung
sumber: Youtube

Wednesday, November 14, 2012

Ibu Mertua

Macam-macam ragam ibu mertua, ada yang cerewet ada yang suka juga ada yang langsung tidak suka terhadap menantu kerana perbezaan darjat.  Tetapi walau apapun sikapnya Mertua adalah antara orang yang kita harus sayangi dan hormati kerana darjatnya sama seperti ibu kita sendiri.

Bagi seorang isteri, syurganya di bawah telapak kaki suami dan syurga kepada suami di bawah telapak kaki ibunya, jadi wajarlah isteri menyayangi ibu mertua.  Tidak semua ibu mertua itu jahat seperti watak "Nyonya Mansoor" dalam filem "Kassim Selamat".  Ada yang berhati baik malah lebih baik layananya dari anaknya.
Filem Kassim Selamat
Sumber:Google
Jadi sahabat kepada ibu mertua bukannya jadi musuh. selalu bersangka baik dan positif terhadap mertua bukannya mencari yang buruk dan memburukkan lagi hubungan yang sedia buruk.  

Terima seadanya siapa mertua kita dan layan dengan baik seperti kita melayan anaknya.  Jangan anaknya kita ambil tetapi wanita yang melahirkannya dan membesarkannya tidak tersenarai dalam hidup kita.

Sunday, November 11, 2012

Wanita Paling Berkuasa Di Dunia

Wanita no.1 paling berkuasa di dunia dalam senarai Forbes ialah canselor Jerman Angela Merkel yang berumur 58 tahun.  

Mempunyai latar belakang pendidikan Doktor Falsafah, Universiti Leipzig; Sarjana Sains, Universiti Leipzig.

Beliau juga berada di tempat ke-4 dalam senarai Forbes sebagai orang paling berpengaruh di dunia.

Hillary Clinton iaitu Setiausaha Negara, Amerika Syarikat merupakan wanita paling berkuasa selepas Angela Merkel diikuti oleh Dilma Rousseff, Presiden Brazil. 

Hebatnya seorang wanita.  Jadikan wanita-wanita hebat ini sebagai inspirasi.

sumber: Forbes

Friday, November 9, 2012

Aktiviti Anak-Anak Musim Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah 2012 telah pun bermula.  Ada sekolah yang bercuti awal kerana memberi peluang pelajar-pelajar SPM menduduki peperiksaan dengan aman damai.
Sempena musim cuti sekolah, inilah masanya ibubapa perlu mengambil kesempatan untuk bersama anak-anak.  Melakukan aktiviti bersama anak-anak tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi.  Contohnya:
  • Makan bersama anak-anak.  Duduk satu meja dan makan bersama.
  • Mengajar anak-anak memasak makanan kegemaran mereka. Buat biskut yang dgemari oleh anak-anak.  Tidak perlu tunggu Raya baru buat.
  • Membawa anak-anak berjogging di waktu pagi atau petang selepas balik kerja.
  • Melakukan aktiviti sukan bersama-sama seperti badminton atau bola sepak.  
  • Menonton bersama-sama rancangan televisyen kegemaran mereka.  Kalau anak suka ultraman, berbuallah mengenai ultraman.  
  • Aktiviti seni bela diri seperti teakwando memberi kelebihan kepada anak-anak untuk mempertahankan diri.  Galakkanlah anak menyertainya.  Boleh tumbuk jerung seperti Mariko Haugen.
  • Kalau ada sedikit kemampuan bawalah anak-anak pergi melancong.  Tidak perlulah pergi jauh ke luar negara.  Banyak tempat-tempat menarik di Malaysia boleh dikunjungi seperti Pulau Sipadan dan Cameron Highland.
Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak-anak.  Terpulanglah bagaimana perancangannya.  Selamat Bercuti kepada Adik-Adik semua.

Berjalan di tepi pantai bersama anak-anak juga aktiviti yang boleh dilakukan bersama

Wednesday, November 7, 2012

Cerita: "Harap Maaf, Nombor Yang Anda DaiL...."

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.
Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Sumber:BHO Blog

Moral Of The Story: Sebagai isteri hormati suami sebagai ketua keluarga jangan bertindak tanpa usul periksa, hujung ceritanya malu sendiri.

Monday, November 5, 2012

Periksa Label Makanan Turunkan Berat Badan

RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
“Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.
sumber: Kosmo
Lepas ini ayah-ayah, suami-suami rajin-rajinlah membelek-belek label makanan sebelum membelinya.  Jangan bosan menunggu  si ibu apabila ke pasaraya yang mengambil masa untuk membeli belah kerana teliti dengan harga dan kualitinya.  Lakukannya bersama kerana bukan saja mendapat kebaikan dari segi kesihatan malah boleh mengeratkan hubungan.

Saturday, November 3, 2012

Cara Menurunkan Berat Badan Secara Semulajadi

Macam mana hendak kurus?
Pasti itu yang menjadi kerisauan dan merunsingkan fikiran para ibu yang baru melahirkan anak.  Kurus akan menjadi perkara penting yang berlegar-legar di kepala apabila  berat badan naik dan bentuk badan berubah.  Malah menjadi perkara sensitif bagi kaum wanita yang mengalami masalah ini.  Termasuklah saya huhu..
Wanita akan sanggup berbelanja seberapa banyak bagi mencuba produk-produk pelansing yang banyak ditawarkan diluar sana tanpa mengetahui akan kesan sampingannya.

Menyusukan bayi dengan susu ibu adalah cara menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa memerlukan belanja sesen pun.  Ini adalah pengalaman saya sendiri selepas melahirkan anak tanpa mencampurkan susu formula.  


Sepanjang penyusuan memang lebih mudah untuk menurunkan berat badan jika diikuti dengan cara pemakanan yang seimbang, pengambilan air dan protien yang cukup.

Thursday, November 1, 2012

Sarung Tangan Bayi jadi Handphone Cases

Sarung Tangan bayi (Baby socks) boleh  dijadikan sebagai cases untuk handphone, cell phone atau iPod. 

Sarung Tangan baby

Ia boleh melindungi permukaan handphone kesayangan anda dari tercalar oleh duit syiling, klip rambut, kunci kereta atau apa saja  ketika dalam handbag dan poket .

Handphone cases

Kalau anda ada baby socks yang tidak digunakan mungkin anda boleh menjadikannya sebagai handphone cases yang cute seperti di atas.