Pages

Monday, November 5, 2012

Periksa Label Makanan Turunkan Berat Badan

RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
“Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.
sumber: Kosmo
Lepas ini ayah-ayah, suami-suami rajin-rajinlah membelek-belek label makanan sebelum membelinya.  Jangan bosan menunggu  si ibu apabila ke pasaraya yang mengambil masa untuk membeli belah kerana teliti dengan harga dan kualitinya.  Lakukannya bersama kerana bukan saja mendapat kebaikan dari segi kesihatan malah boleh mengeratkan hubungan.

3 comments:

  1. tq Mama Rey..Jumpa lagi tahun dpn..hehe.. About this entry, Lulu pulak nak naikkn berat bdn tp mantain sj..huhu.. sedih

    ReplyDelete
  2. Yes, whenever we buy food product or medicine never forget to check expired date.

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)