Penyakit lupa telah melanda diri ini..
Kelmarin saya cuba masuk akaun online Banking saya. Kunun-kunun mencek baki untuk ditransfer. Tapi tidak berjaya sebab lupa password sendiri. Beberapa kali cuba tapi tidak berjaya. Call pusat perkhidmatan pelanggan dan saya telah disuruh ke bank berdekatan.
Tadi, saya pergi ke bank selesaikan masalah saya ini. Sudah sampai ke destinasi..lupa pula bawa dompet. Kad ATM ada di dalam..Haiyaaa..Macam mana mahu berurusan..kad tiada bawa..Terpaksalah berpatah balik semula ke rumah untuk ambil kad ATM saya..
Bila cucuk kad ATM..tekan itu..tekan ini..okey..Tapi bila tekan dan mesin minta nombor telefon, lupa pula nombornya..Adehh..apa pasal lah pula penyakit lupa datang dari kelmarin dan menular hingga ke hari ini..Nasib baik di bank tadi orang kurang berurusan. Sekejap saja siap dengan bantuan staf-staf bank yang baik-baik dan ramah mesra..
Pulang rumah ada lagi penyakit lupa datang..Email sudah di send tapi lupa copy paste transaksi pembayaran..huwaaahhh..banyaknya lupa..
Gara-gara terpening tengok wajah baru G+ awal pagi tadi agaknya..hehehe..Salahkan G+ pula..Bukan salah G+ lah..Salah diri sendiri..asyik lupa saja..
Harap esok penyakit lupa ini tidak merebak esok hari..hehe
Thursday, May 16, 2013
Wednesday, May 15, 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)