Kuih ini petang tadi sampai. Oder dengan bantuan akak jiran sebelah saya. Terima kasih akak yang baik hati..:)
Datang dari jauh..Dari Kg Berundong, Papar. Kuih tradisonal masyarakat Melayu Brunei di Daerah Papar ini memang sedap..rangup buatannya. Saya selalu oder untuk dimakan bersama keluarga. Masa raya pun oder juga untuk dimakan tetamu yang datang.
Kuih Lidah dari Papar ini ada beberapa jenis perisa. Antaranya, perisa susu, perisa kacang hijau dan perisa coklat..Ketiga-tiga perisa ini saya sudah pernah rasa. Sedap..Tapi yang tersedap rasanya bagi saya ialah perisa susu.
Kuih Lidah perisa susu..
Kuih Lidah atas ini perisa susu. Saya selalu oder yang ini. Anak-anak suka makan sebab kerangupannya dan rasa susunya yang sedap. Ada juga yang dibungkus dalam pek kecil. Tapi selalunya saya ambil pek yang besar. Anak-anak pun puas hati makan..:)
Kuih Lidah
Tepung gandum, susu tepung, gula halus, mentega dan minyak masak adalah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Kuih Lidah ini.
Kuih Lidah dari Papar ini telah dikomersialkan oleh FAMA. Mahu tahu lebih lanjut boleh kilik sini. Satu rancangan Agrotek oleh RTM..