Semakin manja si kecil bongsu saya ini, Nur Maryam. Kena saya gendong barulah dia tidur. Sambil gendong sambil siapkan kerja rumah. Kalau tidak digendong memang tidak tidurlah dia dan tidak siaplah kerja-kerja dalam rumah.
Tertidur dia waktu saya tengah mengemas-ngemas awal pagi tadi. Kesian tengok dia... Terpaksa ikut bersama dengan saya buat kerja. Semakin dia membesar semakin manja dia pada saya. Masa abah dia dukung, nampak saya mesti dia menangis manja-manja minta diambil..:)
Ini baru saja baringkan dia tadi. Kenyang selepas makan. Barulah dapat menghadap komputer hehe..Kena taip cepat-cepat nanti kejap lagi bangun. Dia tau betul saya tiada baring dekat dia. Dapat hidu ibunya tiada disampingnya..hehe..