Waktu dia suka sangat menggigit, bila masa akhir-akhir menyusus. Walaupun gigi belum tumbuh keluar tapi sakit juga si kecil mengigit. Gigit dan tarik-tarik..uwaa..sakit woo..huhu..
Tapi walau macam mana sakitnya digigit oleh si kecil, penyusuan harus diteruskan..(dgn penuh semangat..hehe..) Teringat dengan seorang sahabat dia terpaksa menghentikan penyusuan kerana tidak tahan dengan gigitan anaknya. Tapi walaubagimana pun dia masih lagi dapat menuysuskan anaknya lebih dari enam bulan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan WHO.
Kongsi sedikit tips agar tidak digigit semasa anak menyusu.
- Selalu bercakap dengan bayi semasa menyusus. Dia mesti akan terlupa mengigit kerana tengok kita sedang membebel..:)
- Bagi getah gegelang gigit (teether) sebelum menyusus. Sudah dia puas gigit-gigit getah itu baru bagi menyusus.
- Kalau anak kelihatan tidak lapar baik jangan dulu bagi menyusus sebab dia akan hisap sikit lepas itu akan gigit-gigit.
Tapi apapun caranya kalau kita telah mengambil keputusan untuk menyususkan anak dengan susu ibu, kenalah biasakan diri akan digigit oleh anak dan biasakan rasa sakitnya.
Lagipun jika dibandingkan khasiat susu ibu dengan sakitnya, rasanya ibu-ibu akan memilih menyususkan anak...Setuju tak...:)
Lagipun jika dibandingkan khasiat susu ibu dengan sakitnya, rasanya ibu-ibu akan memilih menyususkan anak...Setuju tak...:)