YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Wednesday, January 28, 2015

Monday, January 26, 2015

Cara Mudah & Cepat Menyusun Buku Sekolah Mengikut Jadual

Saya dapat tips ini dari perkongsian member di group whatsapp. Nampak menarik dan praktikal. Semalam baru buat. Asalnya nak gunakan sticker. Senang nak lekatkan. Tapi jumpa warna putih saja masa nak membelinya. Jadi Saya gunakan kertas memo yang berwarna. Gunting kecil-kecil dan lekatkan di tepi buku teks.

Cara Mudah & Cepat Menyusun Buku Sekolah Mengikut Jadual
5 warna berlainan. Satu warna mewakili satu hari.

Tuliskan hari pada setiap kertas berwarna dan lekatkan di loker anak-anak. Warna hijau untuk hari isnin. Merah untuk hari selasa. Kuning untuk hari rabu. Biru untuk hari khamis dan putih untuk hari jumaat. Maksudnya satu warna mewakili satu hari.

Bila hari isnin masukkan buku teks yang bertanda hijau sahaja. Dan begitulah juga bila hari seterusnya. 

Anak-anak pun suka. Siap lekatkan semalam, terus susun buku untuk hari isnin. Mudah dan cepat menyusun buku. Tidak perlu lagi tengok jadual waktu setiap hari nanti.

Cara Mudah & Cepat Menyusun Buku Sekolah Mengikut Jadual
Siap dah..^^
Buku teks anak-anak, dah siap tampal warna. Terima kasih lah pada yang telah berkongsi idea ini. 


Tuesday, January 13, 2015

Minggu Orientasi

Cerita minggu lalu. Minggu orentasi Yusuf di sekolah tadikanya.

Hari pertama:
Awal pagi dah bangun, mandi dan sarapan. Bersemangat nampaknya Yusuf nak pergi sekolah. Sampai di sekolah. Yusuf tak nak lepaskan tangan saya. Dia mahu saya masuk ke dalam sekali denganya. Cikgu ambil pun dia tak nak. Saya dan suami tunggu di luar pagar sekolah. Hari pertama biarlah tunggu dulu. Tengok-tengokan dia dari jauh. Dari luar kami nampak Yusuf berlari keluar sambil dikejar oleh cikgunya. Alahaaiii Yusuf...

Hari kedua:
Sampai sekolah, laju saja Yusuf keluar dari kereta. Tapi masih Sama macam hari pertama. Masih nak saya ikut sekali dengannya. Cikgu ambil pun tak nak. Masih tarik-tarik tanganya. Tak mahu cikgu pegang tangan dia. Kali ini saya dan suami tidak lagi menunggu diluar.

Hari Ketiga:
Seperti hari pertama dan hari kedua juga, awal pagi Yusuf sudah bangun, mandi dan sarapan. Kali ini dia tak lagi tarik-tarik tangan bawa saya masuk kedalam. Cikgu datang ambil pun, dia tak lagi lari keluar dan tidak lagi berdukung macam hari pertama..^^

Hari Keempat:
Kejutkan Yusuf. Alahaii.. liatnya dia bangun kali ini. Makan pun kena disuapkan. Masa dalam perjalanan ke sekolah, sempat lagi tidur sekejap dalam kereta. Tapi hari ini kelihatan Yusuf sudah dapat menyesuaikan diri. Selepas letak selipar atas rak, terus saja dia masuk tanpa tangannya dipegang. Alhamdulillah..

Hari Kelima:
Seperti biasa saya hantar Yusuf depan pintu sekolah.  Masuk dengan senyuman malu-malunya sambil beri salam. Suara pun malu-malu macam senyumannya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang minggu orentasi Yusuf tidak menangis....^^

Setiap kali ambil Yusuf
di sekolah,  Dia mesti
tunjukkan pada saya dan suami
hasil kerjanya..
^^

Hari ini hari kedua sesi persekolahan 2015. Semua anak-anak saya bersekolah sebelah pagi. Pagi tadi Yusuf tak sabar nak ke sekolah sebab nampak abang-abangnya semua dah kesekolah. "Mummy cepatlah...jum...".
Anakku baik-baik di sekolah. Moga besar nanti jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.

Friday, January 9, 2015

Tetamu Pagi

Tetamu Pagi si kucing jantan


Setiap hari kucing jantan ini akan datang ke rumah saya. Sekitar jam 7 pagi macam tu dia akan berada di luar rumah. Saya tak tahu kucing siapa. Kucing ini datang sejak saya letakkan makanan di luar. Terbiasa dengan kedatangan kucing ni, dah menjadi kemestian meletak makanan dalam mangkuk putih tu sebelum jam tujuh pagi. Kadang-kadang kalau terlupa, kucing jantan ini akan duduk di luar menunggu dengan setia.

Jarang sangat dia masuk dalam rumah. Kalau pun masuk, kucing ini akan duduk di bawah meja. Bila nampak saya letakkan makanan dalam bekas makanan, barulah dia keluar.

Baru-baru ni, kucing jantan ni cedera dibahagian lehernya. Mungkin bergaduh dengan kucing lain.

Monday, January 5, 2015

Cara Hilangkan Hanyir Dan Lendir Ikan

Cara Hilangkan Hanyir Dan Lendir Ikan, kan sungai, ikan sembilang, ikan kurau
Ikan Sembilang & Ikan Kurau.
Hasil suami & anak,
memancing ikan sungai di sebuah
kampung di daerah Tuaran. 

Petua ini saya dapat dari suami saya. Perkongsian dari "Geng Mansing" dan rakan sekerja suami.. Bagaimana cara hilangkan hanyir dan lendir ikan. 
  1. Blander atau tumbuk kunyit hidup. Campurkan dengan asam jawa. Lumurkan pada ikan yang telah dicuci bersih. Biarkan selama 15 minit hingga setengah jam. 
  2. Asam jawa dicampur dengan air limau kapas. Lumur pada ikan. Biarkan setengah jam kemudian cuci ikan tersebut.
  3. Ambil Tepung gandum dan lumurkan pada badan ikan. Gosokkan sehingga lendir ikan hilang. Biarkan sekejap kemudian cuci ikan tu.
  4. Siram ikan dengan menggunakan air panas. Jangan air yang baru mendidih nanti masak pula ikan tu. Kemudian cuci dengan air biasa.
Ini pula cara yang selalu saya gunakan;
Lumur ikan dengan garam dan asam jawa. Gosokkan disemua bahagian badan ikan. Biarkan 15-30 minit kemudian basuh.

Korang pula macam mana nak hilangkan hanyir dan lendir pada ikan..?


Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015 buat semua sahabat alam maya saya. Harapnya segala yang dirancang tahun lalu  telah terlaksana. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi dan diberkati olehNYA.

Andai ada tersalah kata..terkasar bahasa..Mohon diampunkan..Maaf juga kerana selalu saja lambat membalas jejak korang.. Apapun saya akan  palan-palan datang ke blog korang ya^^... Kepada korang semua yang selalu datang menjenguk MaMaRey di sini, terima kasih sangat-sangat. Kunjungan kalian semua sangat saya hargai...^^

Sekali lagi saya ucapakan Selamat Tahun Baru 2015.

Hari ini.. 010115..Yusuf di sekolah tadikanya.
Ada Majlis bacaan doa selamat dan yaasin.
Besok nak ambil peralatan sekolahnya.
Harap dia dapat menyesuaikan dirinya nanti..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...