Saturday, April 26, 2014

Lelaki Tidak Dikenali Minta Duit

Pagi kelmarin. Sedang sibuk menguruskan dua anak kecil dirumah, terdengar suara lelaki memberi salam sambil bunyi pintu diketuk bertalu-talu. Dalam hati berkata "Siapakah yang datang pagi-pagi ini?"..Mula-mula tak nak buka pintu tapi macam rasa bersalah pula, lalu jawab salam dan buka pintu. Sedikit ragu-ragu sebenarnya.

Bila buka pintu, seorang lelaki yang tidak saya kenali berdiri di luar. Berpakaian kameja dan seluar slack. Kalau dilihat pada wajah, umur dalam lingkungan 40-an macam tu.

"Adik dari Seraya....(bagi alamat rumah) mau minta duit.. mau balik Sandakan. Adik mau tengo anak sakit kena asthma"

Bila saya kata saya tak dapat bagi sebab kebetulan suami memang belum  lagi keluarkan duit. Lelaki tu menjawab dengan sedikit mendesak

"Berapa-berapa saja yang ada..Bikin tambang balik sandakan. Ini alamat dia..(sambil keluarkan kad dari poket)"

Tapi saya mula rasa curiga selepas lelaki itu bertanya samada rumah sebelah dan atas ada orang atau tiada. Saya cepat-cepat tutup pintu dan kunci. Jadi risau dan takut dibuatnya sebab sebelum ini memang ada percubaan pecah rumah di blok tempat tinggal saya.

8 comments :

  1. memang takut..saya pun kalau orang ketuk2 dwkat grill kalau suami fak de mmg tak akan buka..seram sejuk..takut

    ReplyDelete
  2. wow bahaya tu mama. kita palin takut kalau orang tak kenal. Nasib baik tak diapa-apakan mama..

    ReplyDelete
  3. betul tu.. kena ada rasa ragu2 sket.. bkn apa utk keselamatan kan..

    ReplyDelete
  4. takut juga bila ada kejadian begini.
    mcm ira ni lg la jenis cpt kesian.
    bila nk ignore tu rasa mcm serba salah. tp lelaki yg mamarey cerita tu mencurigakan..
    huhu...

    ReplyDelete
  5. Ish bahayanya...next time jangan bukak pintu ye....

    ReplyDelete
  6. bahaya juga tu.....kalau aku nda berani buka pintu...nasib baik ndada apa2 kan

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni memang macam-macam kes ada, kena selalu berhati-hati.

    ReplyDelete
  8. bahaya la mama bila tinggal dgn anak2 saja. kena kunci pintu lpas ni. semoga tak ada perkara yg buruk2

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...