Risau sebab anak saya ini ada asthma. Memang dia ada batuk-batuk sikit tapi demam tu tiada. Tanda-tanda sesak nafas pun tiada (biasa waktu malam dia kena serangan). Dia kelihatan okey dan ceria sahaja masa pergi sekolah awal pagi tadi.
Dari luar kedengaran bunyi kereta Mr.Sawo, berhenti parking dekat rumah. Bila dengar bunyi tapak kasut naik menuju pintu, cepat-cepat saya buka pintu. Nampak wajah Hero saya yang kelihatan pucat terus meluru masuk rumah dan terus masuk ke tandas. Saya sempat bertanya, "ada rasa sesak nafas". Dia menjawab "tiada"..
Lama juga dia duduk di dalam sana. "hmm..Sakit perut agaknya dia ni.."..Sebaik dia keluar dari membuang, saya bertanya..
" Dnil sakit perut ka..?"
"Iya..di sekolah tadi sakit sangat perut saya"
"Kenapa nda pi toilet?.."
"Cikgu tu pandai marah bah mummy..masa belajar nda bole kuar-kuar. Jadi saya tahan ja lah.."
"Bila lagi rasa sakit?.."
"Lepas rehat..."
Masa rehat sekolah ialah 9.50am~10.15am. Maksudnya dia menahan sakit perut di sekolah tadi selepas rehat hinggalah dia diambil dan sampai rumah dekat jam 12 tengahari. Hampir 2 jam... Kesian dia..Sambil sapu minyak angin di perut dia sambil saya terangkan pada dia yang cikgu tidak akan marah punya kalau ada minta kebenaran pergi ke tandas. Dia diam sahaja. Agaknya dia takut minta kebenaran sebab dia kata Cikgu Bahasa Melayu dia tu garang..
Selepas membuang tadi, baru nampak dia sihat. Muka pun tidak pucat lagi. Chek suhu badan pun okey. Muka riang ria ceria sambil makan Mee Goreng Sedap yang di masaknya sendiri..Makan bersama dengan si abang yang puasa hanya setengah hari sahaja..:)
Sedang masak Mee Sedap..
owhh..tak puasa ye...
singgah ptg mamarey..haha..makan megi ye hero tu,nanti lg sakit perut
ReplyDeletetu lah M3H..dah sihat terus makan mee sedap huhu
Deletekesian dekat Dnil... sampai macam tu sekali tahan sakit perut sbb takut cikgu marah... nasib baik nothing serius...
ReplyDeletegara2 takut dgn cikgu tu tak berani dia nak minta kebenaran..alahai..ingatkan sakit apa smpai cikgunya cal suruh dtg ambil..hehe
DeleteOhhhh...masak mee sedap...nda puasa ye...
ReplyDeletekhekhe..kantoi kan Amanda hehe
Deletekesiannyaa dia.. kerana takut minta kebenaran dari cikgu nak pergi tandas, dia sanggup tahan
ReplyDeletemenahan sakitnya sampai nampak pucat ..cikgu dia pn risau tengok Dnil pucat...tak sangka jg dia sanggup menahan gara2 takut minta kebenaran dr cikgu
DeleteCikgu garang..tu yg takut sangat! Tapi cikgu xle kejam...cuma garang je kan.
ReplyDeleteMujurlah cepat..
tak adalah kejam BM..cikgu tu baik sbnrny...anak sy ni mmg ada penakut sikit BM..
DeleteLa kesiannya dia..nasib baik tak apa-apakan mama..
ReplyDeleteyg sy risau asthmanya datang sebenarnya Raud..sbb dia ada batuk2 sikit
Deletekesian dia.. tahan sakit perut semata-mata takutkan cikgu.. lain kali mungkin dia faham..
ReplyDeletekesiannya dia sis....
ReplyDeletelama tu dia menahan isk isk isk....
saya pun klu perut meragam x leh thn , lagi la klu budak kan ! ... cikgu tuh jgnlah straight sgt ... kesian ...
ReplyDeletenasib baik hero mama rey tak ada apa-apa kan, :)
ReplyDeletealahaii kesiannyaa...kesian menahan sakit..nasib baik dh sihat..Alhamdulillah..
ReplyDeletewah.. sedapnye..
ReplyDeletehehe..
mujur tak demam. dpt balik awal la ye hero mama rey ni. :)
Banyak makan mie ya?
ReplyDeleteLaaa....rupanya pucat nak yak hehe.... sedap makan mee sedap tu yeh Dnil hehe
ReplyDeleteKesian, tahan sakit perut sampai balik rumah. Harap semuanya dah ok ya Mama Rey.
ReplyDeleteHaha.. Kelakar juga kisah puasa hero ni ye.. Boleh makan mee sedap mestilah seronok, kan? Meriahla rumah mamarey sebab ada ramai hero..
ReplyDeletekesian dnil menahan sakit perut ye...wah bole memasak mee goreng sedap lg tu
ReplyDeletelaaaa..kesiannya dia…rupanya menahan sakit perut sebab takut cikgu marah..huhu…lamanya menahan tu kan.
ReplyDelete