Ibu yang baru saya kenali ini punya lima orang anak. Seorang daripada anaknya ialah anak Autisme. Anak lelaki berumur 11 tahun... Dia berkongsi cerita tentang pengalamnya bagaimana dia menjaga anak Autisme. Dari segi fizikal, anaknya kelihatan normal...tapi dalamannya tidak normal (fungsi otaknya). Itulah yang diceritakannya pada kami yang sedang duduk-duduk tengok si baby comel yang baru lahir.
Dia mula perasan anaknya ialah anak Autisme semasa anaknya berumur 4 tahun. Anaknya tidak dapat berinteraksi/berkomunikasi dengan baik. Pertuturan juga tidak seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Anaknya juga selalu bermain sendirian. Seolah-olah berada di dunianya sendiri.
Dia bercerita lagi, bukan mudah menjaga anak Autisme ini. Kesabaran perlu tinggi. Banyangkanlah sukarnya mahu memahami kerana si anak tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Bila buang air besar, merata-rata najisnya di sana sini..Belum termasuk lagi karenahnya yang lain..
Anaknya telah dihantar ke sekolah khas dan selepas mendapat pendidikan khas di sekolah tersebut, terdapat perubahan berlaku pada anaknya. Pertuturan anaknya juga makin bertambah baik dari sebelumnya.
Saya sangat kagum dan tabikk dengan si ibu ini kerana punya kesabaran tinggi menjaga anak Autisme. Sepanjang dia bercerita, saya pandang dan dengar ceritanya dengan kagumnya.
wah..autisme..
ReplyDeletememang istimewa..tapi saya tabik dengan acik tu sebab bawa anak ke sekolah khas..ada segelintir tu macam 'putusasa' tak nak berusaha..huhu..sekurang2nya bawa jumpa pakar atau hantar ke sekolah khas..nanti terjamin.. :)
betul tu Nana..melalui citer ibu yg baru sy kenal ni ada perubahan bila bawa ke sekolah khas..
Deletememang betul tu kak...menjaga anak autisme ni kena perlukan banyak kesabaran... syabas pada ibu tersebut sebab telah berjaya menjaga, mendidik serta membesarkan anak autisme tersebut...
ReplyDeletekesabaran dia tinggi..dari umur 4 tahun hingga 11 tahun dia menjaga anaknya..
Deletememang membesarkan anak istimewa kena banyakkan sabar... nasib baik skrang ada pendidikan khas kat sekolah2... dapatlah anak2 istimewa belajar dan membantu perkembangan anak2 istimewa tu, kan?
ReplyDeleteyup nur..adanya pendidikan khas ni byk bantu anak-anak istemewa ini..
DeleteDlm byk2 kategori anakk istimewa ni, ikutt pngalaman cikgu la kan, anak autisme plg mcabar utk dididik.cikgu mmg tabik spring kat parents yg sabar dgn karenah anak istimewa ni. Autisme biasanya boleh dikesan waktu umur 3 thn.kalau anak lambat bercakap, sgera rujuk kpd doktor.intervensi awal tu penting utk anak2 istimewa
ReplyDeletetq info ini CeqGu..guru2 yang bertugas di pendidikan khas ini pun kena tabik juga sbb sabar dgn anak istemewa ini..
Deleteassalam,
ReplyDeletepernah jugak dengar tentang penyakit ni...
cuma mereka yg mempunyai anak atau ahli keluarga yg begini saja yg lebih memahami sipesakit...
tabeklah kepada ibu yg dalam cerita tu..
wasalam BUNDA..:)
Deletebetul tu ahli keluarga lah yg lebih memahami anak istemewa ini..mereka lebih tahu apa yang di maksudkan oleh anak autisme ini
Mesti ibu istimewa ni tabah,sabar Dan cekal orangnya.. Saya pun ada kenal seorang yang anak bongsunya, satu2 lelaki pulak tu juga kena penyakit ni.. Sekarang dah 8 tahun.. Ada masanya mmg blh nampak akak ni kelam kabut, lepas beberpa hari dia ada cerita mungkin anak dia demam atau buat masalah..walaupun sejak bersekolah dah makin baik tapi ada masanya mmg mengalir aja air mata ibu, katanya..
ReplyDeleteMmg ibu yg macam ni insan terpilih...kuat diorang ni
yup Aisy..semangat mereka kuat..kesabaran mereka tinggi..masa ibu tu citer pn sy ada beberapa kali kata..."boleh tahan kamu jaga..sabar kamu tinggi.." si ibu senyum..rasanya dia dah biasa dgn karenah anaknya itu..
Deleteyup, susa nak jaga ank autism ni...hoho...kdg2 dy bg ransangan y luar biasa d luar jangkaan kita...hoho
ReplyDeleteMenjaga anak autism ni mmg mencabar..kawan sy cikgu mengajar anak2 autism ni..betul2 menguji kesabaran.. respek dgn ibu2 yg ada anak autism ni..
ReplyDeletekesian budak2 yang dapat penyakit sebegini.. ya Allah, bersyukurlah kita tak ada penyakit sebegini...
ReplyDeleteDia memang seorang ibu yang tabah kerana tidak semua orang mampu mengurus anak yang begitu. Ibu ini memang insan yang terpilih menempuh dugaan yang hebat. Salute.
ReplyDeleteAku dan isteri selalu bersyukur kerana dikurnia anak2 yg normal.
ReplyDeleteKasihan lihat ibubapa yg mempunyai anak tak normal ni...tak terucap dengan kata-kata..
Salam, pernah berpengalaman jumpa seorang anak autism, tapi mak dengan ayahnya memang sangat sabar, bila diberi dugaan anak ni, tandanya Allah nak beri pahala lebih tu, insha'Allah.
ReplyDeleteSalam, saya pernah berjumpa seorang anak autisme dengan mak dan ayahnya. Mak dengan ayahnya sangat tenang. Terfikir saya, Allah nak beri pahala lebih pada mereka, insha'Allah
ReplyDeleteKesabaran yang pasti akan di balas dgn ganjaran yang berganda. Kepayahan yang pasti mendapat kebahagian di Akhirat kelak... Bersyukur dengan segala kurniaan Ilahi.
ReplyDeleteanak kawan rietta juga macam itu...skrg dh bersekolah khas...alhamdulillah...perkembangannya sgt baek...pertuturannya walau pelat, sudah boleh difahami...
ReplyDeleteBiasa Allah pun memilih ibu yg kuat dan tabah utk diuji. Kesabaran itu memberi ganjaran yg tiada tolok bandingnya. Bersyukur kita tak diuji sedemikian rupa.
ReplyDeleteAda anak autisme lebih cerdik berbanding yg normal. Kakak dah jumpa tau. Remaja lelaki (Cina) dia boleh betulkan kereta/motor yg rosak. Pandai keluarga mereka mendidiknya.
singgah Isnin.. busy ker melayan anak2 cuti sekolah?..:)
ReplyDeleteDidalam kekurangannya pasti ada kelebihannya
ReplyDeletebetul betul betul
DeleteAda saudara autisme.. tp dia rajin bekerja.
ReplyDeletekami satu keluarga sayang dia :)
Salam akak...lama x berkunjung sini..maaf ya..intan baru nak terjah...membesarkan anak2 istimewa ni memang mencabar..tapi semua tu ada hikmahnya kan kak
ReplyDeletebetul tu Mama Rey, bukan senang nak jaga anak Autisme ni.. sbb dulu iha pernah tumpang kelas khas.. iha pernah tgk sendiri mcm mana cikgu2 menjaga mereka.. tu belum lg ada yg sorokkan anak mereka dalam rumah.. konon malu nak tunjuk anak mereka sakit.. dan ada juga yg hantar ke sekolah biasa.. padahal kalau hantar ke sekolah biasa takde siapa yg prihatin terhadap murid autisme.. kesian kan..
ReplyDeletenak menjaga dan mendidik anak istimewa ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi...
ReplyDeletemy son Aqua pernah berkawan dgn anak istimewa ni yg bernama Irfan......
masa tu umur dia 7 tahun....
and the best thing is....
my son tak tahu apa itu autism and tak tahu tat irfan is autism....
he jez said that "Irfan ni special ibu and he is soooo clever"
that is what he sees in Irfan.....
tapi sayangnya we lost contact sebab irfan pindah rumah....
Anak2 mcmni memang memerlukan kesabaran yg tinggi kan akak..
ReplyDeletesedih pulakk...tp sy salute pada ibu2 semuanya mampu menjaga anak walau macam mana pun keadaan anak dia...hairan bila ada manusia yg sanggup buang anak...semoga ibu tu tabah la ye...
ReplyDeleteyup... liya pun kagum dengan ibu yang ada autisme gtu.... syabass buat mereka..
ReplyDeletememang kagum dgn ibu2 yg macam ni
ReplyDelete