Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.
Namun saya diam.
Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.
Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”
Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.
“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.
Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…
“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.
Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.
Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.
Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.
Sebuah tulisan untuk renungan.
sumber: I Am Proud To Be A Muslim
baru 1st baca kisah ni..huhu
ReplyDeletekalau budak2 sekarang tak sedap laju ja complaint..banyak songeh kan..uhuuh
benar2
DeleteSalam Mama,
ReplyDeleteDah baca kisah ini tapi membacanya kembali umpama baru pertama kali, kisahnya sungguh mendalam utk dijadikan panduan seorang anak dan kehidupan berumahtangga.
postingnya bagus :)
Deletebagus kalo dpt suami/ank yng tak kaki komplen..
ReplyDeleteaah..bdak2 skrang xsedap skit xnak makan dah..aiiii -_-
ReplyDeleteTersentuh hati kakak membacanya. Indah. Cantik. Hidup yg penuh dgn kasih-sayang akan membuahkan kemanisan yg berpanjangan. Jujur kakak suka N3 ini.
ReplyDeleteerm! betapa besar pengorbanan seorang isteri sbnrnya.. kasih ayah juga sepanjang hayat...
ReplyDeletepengajaran nya jgn suka komplain tanpa memikir kan perasaan org lain.. sentiasa lah bersyukur & terima seadanya :)
Happy Weekend Mama Rey...kemana hari ini??:)
Deletetq aTie selalu dtg bertandang ke mari..pounsikou Tambalut ..:)
Deleteoh so sweet kalau hidup kita sperti cerita diatas..
ReplyDeleteSweet story kan, setiap pasangan ada cara masing2 untuk bahgia, the most important is to know our partner very well. :D:D
ReplyDeleteCerita yang sangat menarik...
ReplyDeleteBagus dapat suami yang pandai jaga hati mcm tu :)
Tapi apa pun, kita kena tetap bersyukur dgn pasangan masing2 :)
saling menerima seadanya. bestnya kalau dpt pasangan mcm tu. ;)
ReplyDeletebagus nyer kalau semua lelaki mcm ni.sekurangnya hargai la isteri yg penat2 masak kan.hehe
ReplyDeletebahagia rumahtangga kalau pasangan terima kekurangan pasangan seadanya..
ReplyDeleteTerharu baca entry nih
ReplyDeleteIsteri dan suami perlu sling memahami
kalau anak yg kuat komplen, susah laa.. macam sy, hentam je tapi ada komplen2 jugak..haha
ReplyDeletenasib baik ayah jenis tak komplen..
ReplyDeleteTersemat dihati baca entri ni...
ReplyDeleteAku selalu tlg wife basuh baju....kikiikii
saya ada baca ni kat fb. suami yg menghargai pengorbanan isteri.
ReplyDeletetersentuh sy bace entri ni..saling menghargai...rahsia kerukunan rumah tangga...
ReplyDeleteterharunye bace cerita ni,,
ReplyDelete