Pagi kelmarin. Sedang sibuk menguruskan dua anak kecil dirumah, terdengar suara lelaki memberi salam sambil bunyi pintu diketuk bertalu-talu. Dalam hati berkata "Siapakah yang datang pagi-pagi ini?"..Mula-mula tak nak buka pintu tapi macam rasa bersalah pula, lalu jawab salam dan buka pintu. Sedikit ragu-ragu sebenarnya.
Bila buka pintu, seorang lelaki yang tidak saya kenali berdiri di luar. Berpakaian kameja dan seluar slack. Kalau dilihat pada wajah, umur dalam lingkungan 40-an macam tu.
"Adik dari Seraya....(bagi alamat rumah) mau minta duit.. mau balik Sandakan. Adik mau tengo anak sakit kena asthma"
Bila saya kata saya tak dapat bagi sebab kebetulan suami memang belum lagi keluarkan duit. Lelaki tu menjawab dengan sedikit mendesak
"Berapa-berapa saja yang ada..Bikin tambang balik sandakan. Ini alamat dia..(sambil keluarkan kad dari poket)"
Tapi saya mula rasa curiga selepas lelaki itu bertanya samada rumah sebelah dan atas ada orang atau tiada. Saya cepat-cepat tutup pintu dan kunci. Jadi risau dan takut dibuatnya sebab sebelum ini memang ada percubaan pecah rumah di blok tempat tinggal saya.
Saturday, April 26, 2014
Tuesday, April 22, 2014
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)