YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Friday, April 26, 2013

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri..

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.



sumber:  I Am Proud To Be A Muslim


Thursday, April 25, 2013

Ibu Dan Anak Yang Aktif

Korang pernahkah mengalami situasi seperti di bawah ini..Situasi seorang ibu dan anak yang aktif. 

Bagi ibu yang punya anak yang aktif mungkin pernah alami situasi macam bawah ni kan..hehe..Memang sukarkan mengawal anak yang aktif. Ada saja perkara yang mereka lakukan. 

Foto
panjat tinggi-tinggi
(sumber G+)

Hero bongsu saya yang berumur 2 tahun lebih mempunyai hobi serupa budak perempuan di atas itu. Aktif sangat. Ada saja yang dibuatnya. Dia akan tarik laci almari untuk dijadikan tangga supaya boleh panjat naik ke atas. Lepas itu bongkar semua barang-barang yang ada di atas almari. Tang..tung..tang..tung..barang-barang habis semua jatuh berhamburan. Terkejut..terlompat saya dibuatnya. Kalah tang..tung..tang..tung MaMaRey di dapur hehe..

Foto
argghh..terjatuh..nasib baik si ibu sempat sambut...Terkezutt si adik..
(Sumber G+)

Yang ini pun pernah berlaku. Pernah dilakukan oleh Puteri dan Hero sulung  saya. Masa itu umur mereka berdua antara 4-5 tahun. Kedua-dua mereka cuba buat aksi spiderman tepi almari dan dengan tidak disangka-sangka..Kebooomm..Almari tu jatuh rebah ke lantai. Nasib baik panjat tepi almari. Kalau panjat macam budak perempuan atas itu memang kena hempap mereka berdua. Terkejut terjerit secara spontan dibuatnya.

Memanjat, melompat, menconteng, lari pecut..Itulah antara aktiviti kesukaan hati mereka. Tidak sah kalau tidak dilakukan dalam sehari..Melukis, mewarna antara aktiviti yang buat anak-anak saya duduk diam. Pelbagai lukisan yang dorang hasilkan. Siap bagi tunjuk pada saya dan tidak lupa juga bagi tunjuk hasil seni mereka yang pelbagai di dinding rumah..uhuhu..Sabor jerlah..:( 


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...