"hmmm..masukkan dalam kotak saja dulu lah, mungkin mau kena chek lagi"
Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam |
Terminal Bas Bandaraya, Inanam. Bas Dari Kota Kinabalu menuju ke arah destinasi sebelah utara. Bas ke Sandakan, Tawau, Semporna dan juga Lahad Datu boleh didapati di sini. Seawal jam 7 pagi sudah ada bas yang memulakan perjalanan.
Sampai Terminal bas terus ke kaunter Bas SIDA. Staf di kaunter itu pula bawa kami ke kaunter Bas Tung Ma. Cik adik di kaunter tu suruh packing betul-betul dulu baru hantar ke kaunter semula. Ingatkan nak kena chek dulu. Sebab tu saya tak packing betul-betul. Suami pun tanya..
"kenapa nda di gam awal-awal"
"ingatkan durang mau chek lagi bah"
Kaunter Bas Tung Ma |
Gam solatape saya beli di kedai berdekatan dengan terminal. Lepas siap gamkan kemas-kemas baru hantar ke kaunter tadi. Kos pengangkutan cuma RM5. RM10 pula untuk barang yang packingnya lebih besar. Boleh dibayar sedia oleh pengirim ataupun penerimanya semasa nak mengambilnya nanti. Kira murah lah juga kosnya.
Nama, alamat dan juga nombor handphone penerima ditulis pada kotak kiriman saya. Penerimanya pula nanti kena ambil sendiri di terminal. Kaunter di sini dibuka dari jam 7am - 8pm. Samalah juga dengan di Sandakan. Kiriman saya ikut bas yang bertolak jam 10 pagi. Tak sempat dengan bas jam 9 pagi. Tapi tidak mengapa yang penting sampai ke destenasinya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan kiriman saya telah pun sampai kepada pemiliknya ahad lalu..^^