YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, June 10, 2014

Jalan-Jalan Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang

Hujung minggu lalu, kami sekeluarga balik kampung. Ambil kesempatan bawa anak-anak jalan-jalan ke Desa Cattle, Ladang Tenusu yang terletak di Mesilau, Kundasang. Perjalanan dari kampung saya ke Kundasang lebih kurang dalam 15 minit. Dekat saja kan..^^

desa cattle Mesilau, Kundasang
Ke Desa Cattle, Ladang Tenusu, Mesilau, Kundasang.

Pic paling atas anak yang ambil semasa lalu di round about dekat dengan Pekan Kundasang. Menuju ke Desa Cattle ini kena lalu jalan bukit kerana tempat ini berada nun di atas bukit. Betul-betul berada dibawah kaki Gunung Kinabalu. Jauh dari kesibukan kota. Jauh dari jalan utama. Perjalanan menuju ke Desa Cattle ini memang menyeronokkan. Udaranya sejuk, segar dan nyaman. Tidak perlu pasang aircond dalam kereta. Buka tingkap dan nikmati udara sejuk semulajadinya. Bayaran masuk ke Desa Cattle ini cuma RM4, dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Bawah 2 tahun, Percuma. Masa beli tiket ini, cik adik tu kata susu sudah habis. Sedikit kecewa tapi tetap masuk juga.

Desa Cattle, Mesilau ,Kundasang
Menuju ke kandang lembu.
Hijau segar rumput-rumputnya.

Sewaktu sampai, parking penuh. Susah juga nak mencari parking. Hujung minggu dan cuti sekolah, memanglah sesak sebab pengunjung ramai datang. Lepas dapat tempat parking kereta, kami turun menuju ke kandang lembu. Ada satu alat disediakan atas laluan ini. Lembab berisi air. Sekejap saja berada di sini. Ramai orang ketika ini. Saya lihat dari jauh saja. Ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk memberi makan lembu di kandang itu.

Desa Cattle ,Mesilau,Kundasang
Kedai Desa Cattel, Mesilau Kundasang

Singgah di Kedai Desa Cattle. Berbaris pengunjung shoping-shoping disini. Ada macam-macam yang dijual. Keychain, tshirt, aiskrim dan semestinya susu segar yang paling mendapat sambutan. Di sebelah kiri kedai ini ialah tempat memproses susu segar. Tapi pengunjung tidak boleh masuk. Cuma boleh lihat dari luar melalui tingkap kaca dalam kedai ini.

Desa Cattle ,Mesilau ,Kundasang
Lembu-lembu sedang bersantai-santai
sambil meragut rumput

Sewaktu hendak pulang, berhenti di tepi ladang sekejap. Ambil peluang untuk melihat lembu-lembu sedang meragut rumput yang segar menghijau itu. Anak-anak sangatlah seronok melihat lembu-lembu ini. Maklumlah jarang sekali melihat lembu sebanyak ini. Sedikit jakun bila nampak begini banyak di dalam ladang yang sangat luas ini. Kalau hendak melihat lembu-lembu ini, datanglah sebelah pagi. Sebelah petang jam 3pm, pasti tidak kelihatan kerana ketika itu merupakan masa untuk memerah susu lembu.


Desa Cattle ,Mesilau,Kundasang
"Mummy..tengok...lembu besar"...

Si Hero bongsu, Yusuf. Tidak puas hati lalu panjat pagar supaya dapat melihat lembu-lembu itu. Nampak lembu yang berdiri di depan itu.. Itu lah yang nak sangat ditengoknya. Lembu tu pula macam faham dirinya jadi perhatian...hehe..Rasanya lembu-lembu ini pun sudah biasa dengan para pengunjung yang datang ke sini.

Desa Cattle,Mesilau,Kundasang
Memerhati..

Jika ada kesempatan nak lagi datang jalan-jalan ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang dengan anak-anak. Pemandangan dan udara nyaman segar disini memang menyeronokkan dan menenangkan fikiran..^^

Thursday, May 29, 2014

Anak Buah Baru

Baby boy

Semalam datang melawat kakak di hospital. Kakak baru saja bersalin. Bersalin secara pembedahan. Tidak sabar nak tengok anak buah yang baru lahir. Sampai saja terus dukung baby. Comel sangat. Ini masa saya tengah dukung baby. Baby tengah buka mata. Comel kan..^^

Kakak dibedah sebab tali pusat baby keluar dahulu. Cerita kakak, keadaan masa itu agak kelama-kabut. Kakak jadi terkejut. Apa tidaknya siren bunyikan. Misi-misi, doktor dan pakar bergegas datang dengan segera. Kaki kakak diangkat ke atas dan bahagian punggung ditahan dengan sesuatu agar tali pusat baby tidak keluar. Kakak kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan untuk dibedah. Syukur alhamdulillah kakak selamat dibedah dan baby selamat lahir. Menurut doktor jika baby lambat 5 minit dikeluarkan, ia mungkin membayahakan nyawa si kecil.

Sangat-sangat berterima kasih kepada Nurse, doktor dan pakar di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas, Kota Kinabalu kerana ketangkasan dan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...