Salam hujung minggu semua... Semoga ceria..happy2 bersama keluarga dihujung minggu ini..^_^
Seperti yang saya janjikan di entry saya di
sini, saya kongsikan gambar-gambar pemandangan senja di
Pantai Tanjung Aru dengan korang. Selepas beli buku di Harris 1borneo hari itu, kami sekeluarga ke sini. Satu family bersantai-santai sambil menkmati pemandangan senja yang indah di Pantai Tanjung Aru. Pantai yang sentiasa dipenuhi pengunjung di hujung minggu. Tempat ini terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar, Kota Kinabalu. Kalau korang datang Sabah jangan lupa datang sini...^_~
Ok lah..Jom layan pemandangan senja yang indah di Pantai Tanjung Aru bawah ini.
|
Menikmati senja sambil makan jagung manis |
|
Matahari semakin turun |
Pada waktu ini ramai pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar senja yang indah ini. Terang dan jelas. Tiada awan menutupi cahaya senja itu. Dan saya pun juga tidak ketinggalan walau hanya mengsnap gambar dengan menggunakan handphone. Beraksi macam jer pro hehehe..
|
Dan semakin tenggelam.. |
|
Dan tenggelam .. |
|
Dan hilang dipandangan mata... |
Macam laju jer matahari tu tenggelam..Masa ini pengunjung yang mengambil gambar dekat pantai mula berlalu dari situ. Kami juga turut sama berlalu meninggalkan
Pantai Tanjung Aru. Perut mula bergendang-gendang. Beli jagung mansi tadi pun tidak banyak. Si Hero bongsu yang melompat kegirangan semasa di pantai tadi, mula kata lapar..