YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Saturday, February 15, 2014

Menikmati Senja Di Pantai Tanjung Aru

Salam hujung minggu semua... Semoga ceria..happy2 bersama keluarga dihujung minggu ini..^_^

Seperti yang saya janjikan di entry saya di sini, saya kongsikan gambar-gambar pemandangan senja di Pantai Tanjung  Aru dengan korang. Selepas beli buku di Harris 1borneo hari itu, kami sekeluarga ke sini. Satu family bersantai-santai sambil menkmati pemandangan senja yang indah di Pantai Tanjung Aru. Pantai yang sentiasa dipenuhi pengunjung di hujung minggu. Tempat ini terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar, Kota Kinabalu. Kalau korang datang Sabah jangan lupa datang sini...^_~

Ok lah..Jom layan pemandangan senja yang indah di Pantai Tanjung Aru bawah ini.

Menikmati Senja Di Pantai Tanjung Aru
Menikmati senja sambil makan jagung manis

Menikmati Senja Di Pantai Tanjung Aru
Matahari semakin turun
Pada waktu ini ramai pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar senja yang indah ini. Terang dan jelas. Tiada awan menutupi cahaya senja itu. Dan saya pun juga tidak ketinggalan walau hanya mengsnap gambar dengan menggunakan handphone. Beraksi macam jer pro hehehe..

Menikmati Senja Di Pantai Tanjung Aru
Dan semakin tenggelam..
Menikmati Senja Di Pantai Tanjung Aru
Dan tenggelam ..
Menikmati Senja Di Pantai Tanjung Aru
Dan hilang dipandangan mata...

Macam laju jer matahari tu tenggelam..Masa ini pengunjung yang mengambil gambar dekat pantai mula berlalu dari situ. Kami juga turut sama berlalu meninggalkan Pantai Tanjung Aru. Perut mula bergendang-gendang. Beli jagung mansi tadi pun tidak banyak. Si Hero bongsu yang melompat kegirangan semasa di pantai tadi, mula kata lapar..


Friday, February 14, 2014

Macam Itu Lah Ibu

Salam jumaat semua..^_^..

Pagi tadi sebelum memulakan tugas harian, sempat telefon ibu di kampung. Tanya khabar ibu bagaimana. Tapi macam biasa belum sempat tanya khabar, ibu terlebih dahulu bertanya. Kami adik beradik panggil ibu..mami..

"Sihat juga anak-anak semua...ada pegi skolah semua.."

"Semuanya sihat-sihat mami..tapi hari ini nda ada pi skolah.. hari ni dorang cuti..cuti chap goh may...mami apa kabar..sihat juga..lutut mami macam mana..masih sakit-sakit lagi.."

"Sihaat..mami di gerai ni sekarang.. (dengan nada gembira dan bersemangat)..lutut ni sakit sikit-sikit ja..

"Mami jangan angkat yang berat-berat..tambah sakit kaki tu nanti"

"Jangan risau bah..mami tau juga ni..ada juga lily (adik ipar) sini..

Macam itu lah ibu saya. Walaupun lututnya sakit-sakit tapi masih ke gerai kecilnya. Kalau bukan ke gerai, ibu akan pergi ke kebun kecilnya di belakang gerai. Ibu kata duduk rumah bikin sakit. Nda kuar peluh..

Tapi bila dengar ibu kata adik ipar ada bersama baru terasa lega hati ini. Risau juga bila ibu tidak berteman. Lebih-lebih lagi keadaan ibu sekarang yang selalu saja sakit-sakit.


p/s: Hargai lah..sayangi lah Ibu selagi ada..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...