"Baby bila mahu keluar..?"
"Baby makan apa dalam perut?"
"Baby tidur dalam perut macam mana?"
Semasa mengandung, inilah antara pertanyaan anak-anak saya. Bagi yang bergelar ibu tentu korang pun pernah diajukan macam-macam pertanyaan dari anak-anak semasa mengandung kan..
Masa tengah sarat mengandunglah anak-anak saya penuh dengan pertanyaan. Ada pertanyaan tu boleh dijawab tapi ada juga kena fikir macam mana cara mahu menerangkannya. Kena perah otak juga mencari cara yang sesuai menjawabnya. Kena terangkan betul-betul. Sebab kalau tidak, kompem sesi soal siasat tidak akan berakhir..
Kadang-kadang bingung juga mahu menjawabnya. Bila tidak terjawab, tanya balik dan tanya lagi. Hari ini tidak dijawab, esok hari tanya lagi. Hinggalah terjawab.
"Macam mana baby ada dalam perut?"..
"Baby keluar dari mana?"..
Yang Ini, memang susah juga mahu menjawabnya..Penat juga cari cara menjawabnya. Bila sudah dijawab, akan ada lagi sambungan pertanyaan mereka.
Baby keluar dari mana..?
Tergelak juga juga bila mendengar bila ada anak saya yang kata..
"Baby keluar dari pusat"..
hehe...