Kapurung ialah sejenis makanan. Saya mula mengenali makanan ini dari seorang sahabat berasal dari Indonesia. Mula-mula dengar nama makanan ini rasa pelik sikit juga sebab belum pernah mendengarnnya sebelum ini. Pertama kali mencubanya, boleh tahan juga rasa enaknya.
Kapurung
Ini kapurung kawan beri. Katanya, buat tak banyak..kacang pun tiada bubuh.
Sahabat saya menggunakan tepung kanji yang dituang dengan air panas mendidih kemudian dibentuk bulat kecil-kecil. Kapurung ini dicampurkan dengan isi ikan, sayur-sayuran, tempe dan ditabur dengan kacang tumbuk.
Apa yang menarik tentang sajian ini ialah kesemua bahan-bahannya direbus. Banyak sayur-sayuran rebus seperti kacang panjang, bayam dan kangkung digunakan dalam menu ini. IKan juga direbus dan isinya diambil.
Kapurung disajikan bersama dengan air kuah yang banyak. Kuah yang digunakan ialah air rebusan ikan dan sayuaran tadi. Boleh dikatakan makanan ini menu yang sihat. Sangat sesuai juga bagi yang tidak mahu ternak lemak.
Tepung yang telah dituang dengan air panas mendidih dan dibentuk bulat.
Lebih menarik lagi Kapurung tidak perlu dikunyah-kunyah. Terus telan begitu sahaja. Tapi isi ikan dan sayu-sayuaran kena kunyah lah..Tercekik lah pula..hehe
sambal dan limau
Makan Kapurung ini tidak sedap jika sambal tiada. Saya suka sambal ini sebab ada campuran tomato dan boleh bakar lemak hehe... Sambal dan limau ini penyebab utama rasa enak makanan ini.. Bagi saya lagi kaw pedas dan masamnya, lagi kaw-kawlah menikmati Kapurung ini..:)
Sekarang ini, saya sudah mula menyukai makanan ini..:)
# Maaf sahabat semua kerana lambat membalas kunjungan kalian. Terima kasih tidak terhingga yang sudi datang singgah membaca bebelan MaMaRey..^______^