Hari ini merupakan hari pertama bermulanya sesi persekolahan tahun 2013. Macam-macam pertanyaan anak saya yang baru melangkah masuk ke tahun satu pagi tadi semasa bersiap-siap untuk ke sekolah. Mungkin ada perasaan takut bercampur gementar dengan sekolah barunya.
Muhd. Daniel Dzulkarnain nama penuh. Nama panggilan Dnil. Memandang ke luar tingkap semasa dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.
Waktu sampai sekolah anak saya bertanya "nanti siapa hantar saya masuk kelas? Anak saya nampak sedikit takut. Semasa memegang tangannya masuk kelas terasa dia agak lambat sedikit berjalan sambil pandang kiri kanan.
Tapi masuk saja kelas wajahnya berubah ceria apabila melihat sahabatnya yang kecil comel senyum padanya. "Dnil mari sini duduk dekat dengan saya" Rupa-rupanya mereka memang kawan dari dekolah tadika lagi. Lega tengok anak saya..:)
Sempat ambil gambar masa keluar kelas. Melihat cara mereka berbual, mereka memang sudah mengenali antara satu sama lain. Kebanyakkan murid-murid datang dari sekolah tadika yang sama. Jadi saya tidak perlu risau sangatlah dengan anak saya.
Lagipun ada abang bersekolah di sekolah yang sama. Boleh jaga adik di sekolah.
Untuk anak-anak, belajar baik-baik. Semoga menjadi orang yang berguna nanti.