YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Friday, January 4, 2013

Resmi Padi

sumber: google

Peringatan untuk diri sendiri.  Ikutlah Resmi Padi, Semakin Berisi semakin Tunduk.  Cuba untuk tidak mengikut Resmi Lalang Semkain Tumbuh Semakin Menjulang.

Kalau boleh berusaha untuk merasa rendah diri dalam setiap perkara walaupun adakalanya tanpa disedari terHidung Tinggi juga.  Sikap saya yang memang tidak baik.  Jangan ikut.

 #sedang merenung balik sikap-sikap negatif dalam diri ini untuk dibuang jauh-jauh.

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Ke Sekolah

Hari ini merupakan hari pertama bermulanya sesi persekolahan tahun 2013.  Macam-macam pertanyaan anak saya yang baru melangkah masuk ke tahun satu pagi tadi semasa bersiap-siap untuk ke sekolah.  Mungkin ada perasaan takut bercampur gementar dengan sekolah barunya. 


Muhd. Daniel Dzulkarnain nama penuh.  Nama panggilan Dnil.  Memandang ke luar tingkap semasa dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.  


Waktu sampai sekolah anak saya bertanya "nanti siapa hantar saya masuk kelas? Anak saya nampak sedikit takut.  Semasa memegang tangannya masuk kelas terasa dia agak lambat sedikit berjalan sambil pandang kiri kanan.  

Tapi masuk saja kelas wajahnya berubah ceria apabila melihat sahabatnya yang kecil comel senyum padanya.  "Dnil mari sini duduk dekat dengan saya" Rupa-rupanya mereka memang kawan dari dekolah tadika lagi.  Lega tengok anak saya..:)



Sempat ambil gambar masa keluar kelas.  Melihat cara mereka berbual, mereka memang sudah mengenali antara satu sama lain.  Kebanyakkan murid-murid datang dari sekolah tadika yang sama.  Jadi saya tidak perlu risau sangatlah dengan anak saya. 


Lagipun ada abang bersekolah di sekolah yang sama.  Boleh jaga adik di sekolah. 

Untuk anak-anak, belajar baik-baik.  Semoga menjadi orang yang berguna nanti.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...