Dapat ni dari WhatsApp juga. Antara adab-adab berWhatsApp. Kiriman dari seorang sahabat. Baru-baru ini ada seorang kenalan baru, mahu masukkan saya dalam satu group. Sebelum itu dia minta kebenaran terlebih dahulu untuk masukkan saya dalam group itu. Kalau sahabat tu tidak minta kebenaran mungkin saya jadi heran tertanya-tanya hehe...Antara adab yang harus dicontohi kan...^_~
Pages
▼
Friday, February 28, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Sunday, February 23, 2014
Cerita Kelmarin
Ok lah jom layan pic bawah yang sempat saya tangkap kelmarin..
Tulis nama untuk kehadiran dan untuk Cabutan Bertuah.. |
Acara bermula Mrs.Sina ~ BC Sophie Paris Tamparuli.. Tangkap pic dari jauh sebab duduk di belakang |
Fashion Shows.. Cik adik-adik malu-malu pula naik atas pentas.. |
Mamam time..Buah tu ambik dulu.. |
Hah!! kawan tu asyik sangat makan..Tangkap pic tak sedar..hehe |
Ni best..makan sambil bercermin hehehe.. Cermin besar dalam Restaurant.. |
Kek..Pink Kaler.. Selamat Hari jadi yang ke 53 untuk Mrs.Sina |
Kereta Terbalik.. Ambil dekat Luar Mango Garden Restaurant |
Rumah Terbalik Tamparuli.. Masuk RM10 (dewasa) & RM5(kanak-kanak) Ni tangkap masa dalam Mango Garden Restaurant. |
Apapun selamat berhujung minggu korang semua..Moga ceria..happy-happy bersama keluarga hari ini..^_^..
Wednesday, February 19, 2014
Parking Saya Punya!!
Tidak kira siang atau malam tempat parking kereta tu sentiasa kelihatan ada tong. Kalau bukan tong, motosikal akan diletak di situ secara melintang... Walaupun telah menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah penghuni tapi tetap.."Parking Saya Punya!!"...
Tuesday, February 18, 2014
Sanggar Cheese
Minum petang dengan Sanggar Cheese... Apa tu Sanggar Cheese?.. Sanggar bermaksud pisang goreng dalam bahasa Bugis. Jadi Sanggar Cheese tu maknanya Pisang Goreng Berkeju.
Hah! Ni dia Sanggar Cheese sedap hingga menjilat jari. Beli di sebuah gerai kecil berdekatan tempat tinggal saya. Gerainya kecil saja tapi ramai pengunjung yang datang beli Sanggar Cheese ni. Apa yang menariknya pisang yang telah siap digoreng, dipotong kecil-kecil dengan gunting. Tujuannya, supaya campurannya nanti meresap. Selepas dipotong kecil-kecil, dicampurkan dengan cheddar cheese parut dan juga susu pekat. Makan masa panas-panas baru terasa kenikmatannya. Manis dan lemak-lemak. Harganya cuma RM2.50 untuk satu tapau.
Saya sempat korek rahsia campuran tepungnya yang membuatkan sanggarnya rangup dimakan..Dan ini campuran tepung yang dikongsi oleh adik yang buat Sanggar Cheese tu..
Sanggar Cheese. Sekali- sekala bole. Selalu-selalu, jangan amalkan..nanti gemok hehe |
Saya sempat korek rahsia campuran tepungnya yang membuatkan sanggarnya rangup dimakan..Dan ini campuran tepung yang dikongsi oleh adik yang buat Sanggar Cheese tu..
- 4 cawan tepung gandum
- 4 sudu tepung beras
- 4 sudu tepung adabi
- 1 sudu planta/margerine
- 2 biji telur
- 1 sudu garam
Dah tau rahsianya..Nanti lepas ni nak cuba buat buat sendiri pula Sanggar Cheese ni. Menjadi ke tidak....^_^
Monday, February 17, 2014
Cara Buat Gambar Bergerak Guna Photoscape
Wah! MaMaRey buat tutorial lah hari ini...hehe..Malu-malu sebenarnya buat tutorial ini sebab bukannya mahir sangat bab-bab Tutorial ini dan bukannya terer sangat buat gambar bergerak ni. Tapi untuk menunaikan permintaan rakan blogger yang melihat gambar bergerak di entry saya di sini, saya cuba lah juga buat Tutorial Cara Buat Gambar Bergerak Guna Photoscape. Harap-harap tutorial ini boleh membantu +Mimi Azirah & Hanie juga yang baru belajar menggunakan photoscape..Dan harap-harap korang tidak pening dengan tutorial MaMaRey ini..hehe
Pertama sekali buka photoscape dan klik icon Animated GIF. Boleh dwonload jika belum ada..Free jer..
Lepas itu pilih gambar yang korang ingin masukkan. caranya:
(1) Kilk pada gambar yang korang nak pilih.
(2) Kemudian tarik/seret kedalam.
(3) Boleh juga pilih gambar dengan klik 'Add' sebelah penjuru kanan di atas kemudian pilih gambar.
(4) Cara delete atau buang gambar pula kilik pada gambar sebelah penjuru kiri di atas.
(5) Kemudian klik tanda 'x' sebelah kiri bersebelahan dengan 'Add' tadi.
Selepas itu korang boleh lah ubah mana-mana yang rasa mahu diubah.
(1) Tukar atau ubah kelajaun bergerak, effect, size, background atau apa-apa saja yang rasa mahu diubah.
(2) Lepas sudah berpuas hati klik save untuk menyimpan hasil kerja korang..
Dan hasilnya..Gambar bergerak menggunakan Photoscape. Si Hero Ke-3, Kcil kelihatan sedang asyik makan gula kapas. ^_^
Kalau ada yang terkurang atau tertinggal step dalam tutorial ini minta ditambah dan dikongsi di bahagain komen ya..Sama-sama kita belajar..
Ini pula untuk korang semua yang selalu berkunjung dan komen di Blog MaMaRey yang tidak seberapa ini. Terima kasih banyak-banyak...Terima kasih kerana menjadi sahabat saya...Pounsikou Tambalut..^_^
p/s: klik pada gambar untuk besarkan imej.
(1) Kilk pada gambar yang korang nak pilih.
(2) Kemudian tarik/seret kedalam.
(3) Boleh juga pilih gambar dengan klik 'Add' sebelah penjuru kanan di atas kemudian pilih gambar.
(4) Cara delete atau buang gambar pula kilik pada gambar sebelah penjuru kiri di atas.
(5) Kemudian klik tanda 'x' sebelah kiri bersebelahan dengan 'Add' tadi.
Kalau nak ubah kedudukan gambar, boleh seret/tarik gambar di no (4) tu kiri atau kanan ikut kehendak korang.
Selepas itu korang boleh lah ubah mana-mana yang rasa mahu diubah.
(1) Tukar atau ubah kelajaun bergerak, effect, size, background atau apa-apa saja yang rasa mahu diubah.
(2) Lepas sudah berpuas hati klik save untuk menyimpan hasil kerja korang..
Watermark, saya buat terlebih dahulu di bahagian Editor sebelum buat Animated GIF ini.
Kalau ada yang terkurang atau tertinggal step dalam tutorial ini minta ditambah dan dikongsi di bahagain komen ya..Sama-sama kita belajar..
p/s: klik pada gambar untuk besarkan imej.
Saturday, February 15, 2014
Menikmati Senja Di Pantai Tanjung Aru
Salam hujung minggu semua... Semoga ceria..happy2 bersama keluarga dihujung minggu ini..^_^
Seperti yang saya janjikan di entry saya di sini, saya kongsikan gambar-gambar pemandangan senja di Pantai Tanjung Aru dengan korang. Selepas beli buku di Harris 1borneo hari itu, kami sekeluarga ke sini. Satu family bersantai-santai sambil menkmati pemandangan senja yang indah di Pantai Tanjung Aru. Pantai yang sentiasa dipenuhi pengunjung di hujung minggu. Tempat ini terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar, Kota Kinabalu. Kalau korang datang Sabah jangan lupa datang sini...^_~
Ok lah..Jom layan pemandangan senja yang indah di Pantai Tanjung Aru bawah ini.
Pada waktu ini ramai pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar senja yang indah ini. Terang dan jelas. Tiada awan menutupi cahaya senja itu. Dan saya pun juga tidak ketinggalan walau hanya mengsnap gambar dengan menggunakan handphone. Beraksi macam jer pro hehehe..
Macam laju jer matahari tu tenggelam..Masa ini pengunjung yang mengambil gambar dekat pantai mula berlalu dari situ. Kami juga turut sama berlalu meninggalkan Pantai Tanjung Aru. Perut mula bergendang-gendang. Beli jagung mansi tadi pun tidak banyak. Si Hero bongsu yang melompat kegirangan semasa di pantai tadi, mula kata lapar..
Seperti yang saya janjikan di entry saya di sini, saya kongsikan gambar-gambar pemandangan senja di Pantai Tanjung Aru dengan korang. Selepas beli buku di Harris 1borneo hari itu, kami sekeluarga ke sini. Satu family bersantai-santai sambil menkmati pemandangan senja yang indah di Pantai Tanjung Aru. Pantai yang sentiasa dipenuhi pengunjung di hujung minggu. Tempat ini terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar, Kota Kinabalu. Kalau korang datang Sabah jangan lupa datang sini...^_~
Ok lah..Jom layan pemandangan senja yang indah di Pantai Tanjung Aru bawah ini.
Menikmati senja sambil makan jagung manis |
Matahari semakin turun |
Dan semakin tenggelam.. |
Dan tenggelam .. |
Dan hilang dipandangan mata... |
Macam laju jer matahari tu tenggelam..Masa ini pengunjung yang mengambil gambar dekat pantai mula berlalu dari situ. Kami juga turut sama berlalu meninggalkan Pantai Tanjung Aru. Perut mula bergendang-gendang. Beli jagung mansi tadi pun tidak banyak. Si Hero bongsu yang melompat kegirangan semasa di pantai tadi, mula kata lapar..
Friday, February 14, 2014
Macam Itu Lah Ibu
Salam jumaat semua..^_^..
Pagi tadi sebelum memulakan tugas harian, sempat telefon ibu di kampung. Tanya khabar ibu bagaimana. Tapi macam biasa belum sempat tanya khabar, ibu terlebih dahulu bertanya. Kami adik beradik panggil ibu..mami..
"Sihat juga anak-anak semua...ada pegi skolah semua.."
"Semuanya sihat-sihat mami..tapi hari ini nda ada pi skolah.. hari ni dorang cuti..cuti chap goh may...mami apa kabar..sihat juga..lutut mami macam mana..masih sakit-sakit lagi.."
"Sihaat..mami di gerai ni sekarang.. (dengan nada gembira dan bersemangat)..lutut ni sakit sikit-sikit ja..
"Mami jangan angkat yang berat-berat..tambah sakit kaki tu nanti"
"Jangan risau bah..mami tau juga ni..ada juga lily (adik ipar) sini..
Macam itu lah ibu saya. Walaupun lututnya sakit-sakit tapi masih ke gerai kecilnya. Kalau bukan ke gerai, ibu akan pergi ke kebun kecilnya di belakang gerai. Ibu kata duduk rumah bikin sakit. Nda kuar peluh..
Tapi bila dengar ibu kata adik ipar ada bersama baru terasa lega hati ini. Risau juga bila ibu tidak berteman. Lebih-lebih lagi keadaan ibu sekarang yang selalu saja sakit-sakit.
p/s: Hargai lah..sayangi lah Ibu selagi ada..

Thursday, February 13, 2014
Lompat Tinggi-Tinggi..Yeahhh!!!
Semalam baru mahu tekan-tekan huruf keyboard. Konon mau mengupdate blog. Tiba-tiba lah pula karan (letrik) mati. Cuba pula guna handphone tapi bateri hampir habis pula. Idea pun hilang terus!! Haduh!!.
1..2..3...Yeaahhh!!!! |
Korang layan dulu lah gambar si Hero bongsu, Yusuf yang sedang melompat kegirangan. Ambil foto ini di Pantai Tanjung Aru. Selepas beli buku di kedai HARRIS 1Borneo hari itu, kami sekeluarga ke sini. Si kaka nya suruh lompat..dia pun ikut juga..Akak yang lalu belakang tu sempat tengok dia melompat hehe..Foto senja di Pantai Tanjung Aru yang saya janjikan hari itu nanti saya share ya...Godek-godek dulu..
p/s: Terima kasih korang semua yang selalu datang berkunjung ke sini. Terharu dengan korang semua..Pounsikou Tambalut ..^_^
Saturday, February 8, 2014
Sambal Belacan Bakar
Belacan & bawang merah di bakar |
Sambal belacan dan bawang merah yang telah dibakar. Ibu mertua saya bakar menggunakan api dapur gas.
Tumbuk dalam lesung |
Lepas itu ditumbuk dalam lesung. 4 biji cili dengan satu sudu besar gula ditumbuk terlebih dahulu. Diikuti dengan bawang merah dan belacan yang dibakar tadi.
Sambil tengo sambil telan liur hehe.. |
Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Limau tidak ada jadi ibu mertua saya gunakan asam jawa. Tertelan-telan air liur melihat ibu mertua menggaul-gaul sambal belacan itu.
Simple jer.. |
Menu makan malam simple kami tadi hasil tangan tiga orang chef. Ayam masak kicap, ikan goreng, kacang bendi, sayur cendawan dan Sambal Belacan Bakar. Makan beramai-ramai sambil berbual-bual. Rasa seronok dan makan pun berselera. Tambah berselera lagi dengan adanya Sambal Belacan Bakar ibu mertua..^_^
Thursday, February 6, 2014
Beli Buku Di HARRIS 1Borneo
Keinginan Hero kedua dan puteri sulung ingin memiliki buku cerita baru akhirnya tertunai juga sewaktu cuti sekolah sempana Tahun Baru Cina baru-baru ini. Bukan main seronok lagi dorang bila tahu akan di bawa ke kedai buku. Kedai buku yang kami pergi ialah di kedai buku HARRIS, 1Borneo. Asalnya si Kaka dan Hero kedua saya yang beria-ia sangat ingin mencari buku cerita baru. Tapi si adik dua orang pun tidak mahu ketinggalan. Turut sama juga mencari buku.
hasil pencarian di kedai buku HARRIS.. |
Hasil pencarian selepas puas membelek-belek. Enam buah kesemuanya. Dua buah buku cerita untuk Hero kedua. Dua buah juga buku cerita untuk Hero ketiga. Sebuah untuk Hero keempat dan sebuah untuk Abah. Kaka pula..tiada beli apa-apa. Katanya buku yang dicarinya tiada. Oleh kerana tiada card member semuanya berharga RM73.90. Diskaun tara ada... Nanti lepas ini kena join member lah. Boleh bayar kurang sikit dari harga asal..
Kedai buku HARRIS 1Borneo |
Wednesday, February 5, 2014
Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Haduhh!!...Sudah jatuh ditimpa tangga.. Nak gelak pun ada..kesian pun ada...
sumber: FB
Monday, February 3, 2014
Bersarapan Di Tepi Sungai
Awal Pagi ke Tamu Ahad Di Tuaran kelmarin. Cari barang dapur sambil juga cuci-cuci mata..^-^ .. Singgah bersarapan di satu restoran untuk bersarapan. Kebetulan memang sedang lapar. Ni lah kalau menyususkan anak memang cepat lapar. Perut tidak boleh lambat di isi hehe..
Restoran ini terletak di tepi Sungai Tuaran. Restoran Selaud River View namanya. Oder mee goreng untuk tiga orang makan. Suami memilih meja di bawah pokok masa itu. Jadi sambil makan di bawah pokok sambil juga tengok sungai besar tu. Suasana agak sejuk masa itu. Belum sempat menghirup horlicks panas tu..sudah pun sejuk huhu..
Pertama kali datang di sini sebenarnya. Pertama kali juga bersarapan di tepi sungai. Menurut suami, sebelum ini tepi sungai ni tidak luas macam yang sekarang ini. Disebabkan banjir, habis bersih dan luas tepi sungai ini.
Bersarapan Tepi Sungai |

bersih..luas dah.. |
Pertama kali datang di sini sebenarnya. Pertama kali juga bersarapan di tepi sungai. Menurut suami, sebelum ini tepi sungai ni tidak luas macam yang sekarang ini. Disebabkan banjir, habis bersih dan luas tepi sungai ini.
Saturday, February 1, 2014
Ikan Masak Lemak Cili Api
Resepi ini ialah perkongsian dari sahabat alam maya +Nur Emylia (Kak Long). Terliur bila melihat post Masak Lemak Cili Api Ikan Parang kak long di G+, lalu terus meminta resepinya. Cuba resepi ini minggu lalu, tapi baru hari ini dapat saya kongsikan di sini. Kongsi dengan korang di blog ini. Mana lah tau korang sedang mencari-cari idea untuk dimasak di hujung minggu ini. Mungkin resepi ini boleh di cuba.
Bahan-bahan dan caranya macam bawah ini:
Masak Lemak Cili Api Ikan Parang |
Bahan-bahan dan cara-caranya saya ikut saja macam yang Kak Long bagi. Cuma ikan tu saja tidak. Saya gunakan ikan putih gantikan ikan parang tu.
Ikan Putih Masak Lemak Cili Api |
Hah!..ini dia Ikan Putih Masak Lemak Cili Api hasil tangan MaMaRey. Perah dengan limau kasi masam-masam sikit. Ada rasa terliur tak..?..hehehe..
Untuk Kak Long, terima kasih ya..sebab sudi share resepi ini... ^_^