Pages

Thursday, May 2, 2013

Pertanyaan Anak Semasa Ibu Mengandung

"Baby bila mahu keluar..?"

"Baby makan apa dalam perut?"

"Baby tidur dalam perut macam mana?"

Semasa mengandung, inilah antara pertanyaan anak-anak saya. Bagi yang bergelar ibu tentu korang pun pernah diajukan macam-macam pertanyaan  dari anak-anak semasa mengandung kan.. 
Masa tengah sarat mengandunglah anak-anak saya penuh dengan pertanyaan. Ada pertanyaan tu boleh dijawab tapi ada juga kena fikir macam mana cara mahu menerangkannya. Kena perah otak juga  mencari cara yang sesuai menjawabnya. Kena terangkan betul-betul. Sebab kalau tidak, kompem sesi soal siasat tidak akan berakhir..

Kadang-kadang bingung juga mahu menjawabnya. Bila tidak terjawab, tanya balik dan tanya lagi. Hari ini tidak dijawab, esok hari tanya lagi. Hinggalah terjawab.

"Macam mana baby ada dalam perut?"..

"Baby keluar dari mana?".. 
Yang Ini, memang susah juga mahu menjawabnya..Penat juga cari cara menjawabnya. Bila sudah dijawab, akan ada lagi sambungan pertanyaan mereka.


Baby keluar dari mana..?

Tergelak juga juga bila mendengar bila ada anak saya yang kata..

"Baby keluar dari pusat"..

hehe...


11 comments:

  1. hehe..macam2 soalan..teruja sangat tu

    ReplyDelete
  2. Anak anak yang bijak ni.. Tahu nak tanya macam macam....

    ReplyDelete
  3. hahahaa. baby keluar dari pusat. pandai sungguh!. hehe

    ReplyDelete
  4. Baby keluar dari mana?
    pertanyaan yang bagus dan menyentu sekali yang susah di jawab..hehehe

    ReplyDelete
  5. hehehe, comelnya baby keluar dari pusat:)
    saya biasa cuba mengelak, cakap cuba ingat balik, mcm mana Irfan/Aisyah keluar dulu.. hihihi, mmg pening mereka nak ingat balik... pandai sgt tanya soalan pelik2 :)

    ReplyDelete
  6. semangat ingin tahu. mesti susah kan nk jawab pertanyaan diorang. huhu..

    ReplyDelete
  7. Salam Mamarey,
    Maaflah mama...xdapat nak tolong, xde pengalaman hehe... Jawablah apa saja pun krn bukan kepentingan utk mereka mengetahui, nanti dia besar dia akan tahu..dan dia akan gelak sendiri dgn apa yg dia ingatkan dulu.

    ReplyDelete
  8. haha..samalah ngan m3h.ank2 akn tanye bile baby nak keluar,baby keluar dari mana?kan ke susah nk jwb tu..hehe

    ReplyDelete
  9. hehe... tggu la anak dh besar... pasti ditanyaa soalan tu kat kita kan.. hihi

    ReplyDelete
  10. hahaha..budak2..perasaan nak tahu tu kuat..

    ReplyDelete
  11. hbis la koyak pusat ibumu anak..hehe

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)