Pages

Monday, March 11, 2013

Kisah Life Of Pi

Ada beberapa kali tengok cerita Life Of Pi ini selepas Mr.Sawo download beberapa hari sebelum Yusuf kena tonsil lagi.  Pada mulanya saya tidak berapa berminat mahu menontonnya, tapi  setelah melepak tengok bersama anak-anak  terus pula melekat depan tv. Sebenarnya saya tidak tahu pun Movie ini sehinggalah Mr.Sawo download untuk bagi anak tengok.  Orang lain sudah tengok lama dari tahun lalu lagi.  Saya pula baru tengok.  Ketinggalan zaman betul..

Filem ini diadaptasi dari sebuah novel dan diarahkan oleh pengarah yang pernah mengarahkan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon iaitu Ang Lee.  Kisah cerita Life Of Pi ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Piscine Molitor Patel.  Dia menukar namanya menjadi 'Pi' sebab tidak tahan ejekan rakan-rakannya yang memanggilnya  "Pissing".

Saya paling suka cerita bahagian Pi dan seekor harimau bernama Richard Parker si Harimau Bengal berada di tengah lautan yang luas.  Harimau !!!  Arrgghh!!!

Pada awalnya 4 ekor binatang termasuk Richard Parker bersama Pi dalam seboah bot penyelamat.  Kuda belang, Dubuk, Orang Utan dan Richard Parker.  Tapi kuda belang dan orang utan telah mati diterkam oleh si dubuk.  Geram dengan si Dubuk tu.  Dubuk itu pula dibaham oleh Richard Parker.  Kesian la pula..Pi yang duduk di hujung bot hanya mampu menjerit "no..no..no.."
   
Life of Pi deepsea
Pi di atas rakit buatannya sendiri

Pelbagai ujian yang diharungi.  Pic atas Pi buat untuk dirinya sebab kalau duduk dalam bot kompem kena baham oleh Richard Parker.  Bayangkan hidup di lautan luas bersama seekor hariamu yang bila-bila masa saja akan membaham kerana lapar.  Di tambah lagi dengan panas terik..hujan..sejuk..ombak besar dan haiwan besar yang berada di dalam lautan.  Di tempat ini juga Pi bertungkus lumus menyuling air untuk diminum dan menangkap ikan untuk dimakan mentah-mentah.  Pi akan kongsi hasil makanan dan minuman bersama dengan Richard Parker.

Pi dan Richard Parker

Rasa sedih tengok Richard Parker yang lemah kerana lapar dan penat..Pada masa ini Pi dan Richard Parker telah pun menjadi kawan baik.  Bagaimana ia  dijinakkan, kena tengok sendiri cerita ni.  Ketika ini Pi datang kepadanya dan memangku kepala Richard Parker. Sebaknya huk..huk..

Mendarat setelah 227 hari berada di lautan

Lagi sedih bahagian ini.  Pi memandang Richard Parker yang masuk menuju ke dalam hutan. Mengalir air mata bila melihat babak ini... Setelah begitu lama di lautan bertarung bersama-sama untuk teruskan hidup, akhirnya mereka berpisah apabila mendarat di Pantai Mexico. 

Korang tengok lah Trailer ni bagi yang belum menontonnya.

Bagi saya filem ini memang bagus ditonton oleh seisi keluarga kerana ceritanya memberi pengajaran yang baik.  Ditambah lagi dengan pemandangan lautan dan langit yang luarbiasa cantiknya memukau penonton.  Sehinggakan saya terpaku dan melekat depan tv sampai habis..:) Pengajaran filem Life Of Pi ini bagi saya ialah jangan mudah putus asa dan percaya kepadaNYA yang sentiasa melindungi kita di kala kita kesusahan yang teramat sangat. 

sumber foto:Google

34 comments:

  1. nak tahu..sbenarnya tiger tu bukan betul pun..cuma bantal ja tp guna teknologi jd la ala2 real punya..ahaha..tgk msa the making..LOL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm real kan tengok dlm filem tu..sedih tengok..

      Delete
  2. tq singgah di nens,follow terus sini..
    nens pon br tgk jugak..mmg survival btol..
    dan alam kehidupan laut dan binatang2 tu cukup real kan..terkagum sekejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq jg singah sini nens..betul tu..sy kagum tengok filem ni..bayankan kalau betul2 real

      Delete
  3. Dah tengo cerita ni....byk pengajarannya bah...cuma yg nda bpa paham bila dia terjumpa pulau yg penuh dgn tumbuh2an berakar tu.....dia berhalusinasi kah apa tu.....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bah..kalau di tengok siang nda nampak ada haiwan dlm tasik ka pa tu..tapi mlm nampak jelas masa dia bgn tu..seram pun ada jg bah..kalau real pengsan suda sy nda bgn2 hehe

      Delete
  4. best cte ni..awl mulenye agk mendatar but ble die cte ttg diri die tu yg best tu..huhuhu...
    thanks dtg berkunjung ke blog sy..terus follow ke sini..^_^
    salam perkenalan mama rey

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga Chocolate..thanks sudi follow ya..

      awlnya sy pn tidak berapa brminat tp lepas cerita bermula di lautan tu memang melekat terus sampai habis..

      Delete
  5. besarnya kucennnn.. eh ghimauuu.. hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ghimau yang jinak.hehe.pandai dorang buat real dlm citer ni kan..

      Delete
  6. wah...mcm best jak cerita ni Mama Rey..kena tgk ni...
    bagus bila byk pengajaran yg boleh kita perolehi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pangajarannya yg best ATie..nda rugi tengok filem ni..siok sgt..:)

      Delete
  7. Salam kenal juga Mama Rey..^^

    Belum tengok lagi citer ni..tapi tengok Trailer dia macam best...kena tengok juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq LiLy..:)

      sy pn sebenarny baru-baru jg tengok beberapa mingu yg lepas..:)

      Delete
  8. Saya tak pernah tgk, tapi tengok sedutan sikit2 adalah.. Mmg kagum dgn teknik editing yang canggih, semua nampak real, kalau tak baca yg sebenarnya mesti takkan sangka tu semua animasi komputer je

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tak percaya kan Aisy..kesan visualny tu hebat betul..mcm real

      Delete
  9. yang full xde ke kak???? nak tengok juga... sebab cerita ramai yg kata best... huuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak cari ni jak Ainaa..boleh dwonload. hr tu Mr.Sawo yg dwonload..tak tau mana dia cari

      Delete
  10. Nak download la.. saya pun belum tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best citer dia Nas..mula2 tu mmg bosan sikit jg tapi time dia dlm lautan tu yg best

      Delete
  11. Masa cerita ni tayang di panggung, tgh sibuk...xsempat nak tgok. Tunggu keluar kat Astro le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pula langsung tak tau ttg filem ni..Mr.Sawo dwonload baru tau..tu pn tak berapa layan sgt mula2..dah tengok barulah terpaku hehe

      Delete
  12. ala.. best ke cite ni.. x berkesempatan lagi nak donlod.. aish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya best Nor..nanti ada kesempatan donlod la ya..:)

      Delete
  13. mmg dah lama nk tgk citer ni tp blum download lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau Chic Na..nanti Chic Na download la..:)

      Delete
  14. Love this and the creators must be genius...looks very real...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..macam realkan..kalau yg tak tau itu kumputer mesti tertipu punya..

      Delete
  15. tak tengok lg citer nie mama..menarik tengok jalan cite dia..:-)

    nak tanya mama camne nak buat top commenters widget macam mama punya tu..kat mana liyana boleh dapatkan widget tu ya..:-)

    ReplyDelete
  16. best cerita ni kan

    ReplyDelete
  17. Grafik dari filem ni hasil dari anak tempatan m'sia tau.

    ReplyDelete
  18. akak tak tengok pun lg cerita ni..macam best juga ya

    ReplyDelete
  19. dpt tau dari mama rey ni terus rasa nak tgk . sy mmg minat filem mcm nie

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)