Jika ada masa terluang di waktu hujung mingu di kolam inilah kami anak-beranak datang bertandang. Bawa pancing dengan umpan sekali. Nak test umpan menjadi ke tidak. Kalau sang keli datan menyambar maka jadilah umpan hasil buatan dari tangan suami sendiri hehee..
Yusuf & Maryam |
Untuk diamkan mereka berdua dari berlari-lari.. saya minta dorang berdua bantu abang uli umpan. Tapi bukannya di uli..dijadikan guli pula. Habis hancur bertaburan di tanah oleh Yusuf dan Maryam.
Hujung minggu di kolam yang sama ada game memancing. Kcil Adam..Yang paling gemar mengikut abahnya join game memancing. Kalau boleh semua game nak dia ikut. Tak kisah siang atau malam. Panas atau hujan..dekat atau jauh. Memang kaki pancing macam abahnya. Saya tak ingat game ini yang ke berapa dah dia join. Semangat memancingnya memang tinggi. Lepas saja buang mata kail dia berdiri di situ menunggu sang keli datang mematuk umpan. Panas terik mentari dia dah tak kisah dah..
BB Alfee.. hah yang ni abang Kcil Adam.. Dia pun suka memancing. Tapi tak suka ikut game memancing. Dia lebih suka memancing untuk suka-suka saja. Dapat ikan keli besar sudah puaskan hatinya.
Aktiviti memancing ini seronok sebenarnya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Seharian menanti sang ikan meragut umpan memang memenatkan. Jika umpan tak laku memang rasa kecewa. Tapi jika umpan itu kaw-kaw ngam untuk si ikan, maka di situlah kegembiraan tak terhingga. Segala penat..kecewa..bosan terhapus serta merta heheee..
Tapi apapun yang penting happy bersama dengan family di hujung minggu. Sama-sama berkongsi minat. Tak minat pun kena belajar meminatkan diri...(^^)
assalam mama rey..
ReplyDeletewah besarnya hasil tangkapan tu
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBestnya memancing, lagi best bila dapat ikan besar! Berbaloi!
p/s: Saya masih aktif berblogging cuma blog Relaks Minda dah tak update sebab dah pindah ke blog baru... Jemput singgah di sini:
BinMuhammad @ www.dammahumnib.com