Pages

Tuesday, April 26, 2016

BERAS BUKIT



Beras bukit dari kampung, di kirim oleh ibu. Terima kasih ibuku.

Jarang dah makan beras bukit sekarang. Selalu makan beras beli dari kedai sahaja. Kali ini alhamdulillah dapat lah juga merasa beras bukit yang baru di tuai.  

Parai Wagu

Bentuk berasnya pendek berbanding beras yang saya selalu beli di kedai. Masa kecil-kecil dulu saya suka makan jenis beras ini. Wangi..sedap berlemak. Orang kata beras bukit banyak khasiatnya. Tapi saya kurang pasti apakah khasiatnya. Yang saya tahu ianya memang sedap bila di makan masa panas-panas.

Kalau di kampung saya Beras Bukit ini di panggil PARAI WAGU. Parai itu ialah Padi dan Wagu itu Baru. Mereka tak akan sebut Beras Baru Tapi Parai Wagu. Maksudnya, padi yang baru dituai.

Kalau dulu sewaktu masih kecil, sempat juga merasa bagaimana cara menuai padi bukit atau PARAI TIDONG yang hasilnya akan menjadi beras seperti di atas. Dengan menggunakkan satu alat kecil yang dipanggil Langgaman padi dituai secara kerjasama dari orang kampung. Bukan mudah dan bukan senang yang difikirkan. Ianya memerlukan kekuatan fizikal semasa menuainya kerana bentuk muka bumi yang curam.

sumber
Hahh!! macam ini lah bentuk alat itu. Kalau gunakan alat ini saya mesti pakai sarung tangan. Kalau tak jari akan melecet. Kulit jari bengkak berair. Ibu saya kata Lumpanitan. 


Sunday, April 24, 2016

HUJUNG MINGGU DI KOLAM PANCING

Jika ada masa terluang di waktu hujung mingu di kolam inilah kami anak-beranak datang bertandang. Bawa pancing dengan umpan sekali. Nak test umpan menjadi ke tidak. Kalau sang keli datan menyambar maka jadilah umpan hasil buatan dari tangan suami sendiri hehee..


Yusuf & Maryam
Dua anak kecil ini memang tak pandai duduk diam. Sampai saja di kolam..kedua-duanya main kejar-kejar keliling kolam. Jadi mummy nya juga ikutlah tekejer-kejar. Mengejar mereka berdua yang seronok berkejaran. Sedikit risau juga bila tengok mereka berdua berlari di tepi kolam.

Untuk diamkan mereka berdua dari berlari-lari.. saya minta dorang berdua bantu abang uli umpan. Tapi bukannya di uli..dijadikan guli pula. Habis hancur bertaburan di tanah oleh Yusuf dan Maryam.



Hujung minggu di kolam yang sama ada game memancing. Kcil Adam..Yang paling gemar mengikut abahnya join game memancing. Kalau boleh semua game nak dia ikut. Tak kisah siang atau malam. Panas atau hujan..dekat atau jauh. Memang kaki pancing macam abahnya. Saya tak ingat game ini yang ke berapa dah dia join. Semangat memancingnya memang tinggi. Lepas saja buang mata kail dia berdiri di situ menunggu sang keli datang mematuk umpan. Panas terik mentari dia dah tak kisah dah..


























BB Alfee.. hah yang ni abang Kcil Adam.. Dia pun suka memancing. Tapi tak suka ikut game memancing. Dia lebih suka memancing untuk suka-suka saja. Dapat ikan keli besar sudah puaskan hatinya.

Aktiviti memancing ini seronok sebenarnya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Seharian menanti sang ikan meragut umpan memang memenatkan. Jika umpan tak laku memang rasa kecewa. Tapi jika umpan itu kaw-kaw ngam untuk si ikan, maka di situlah kegembiraan tak terhingga. Segala penat..kecewa..bosan terhapus serta merta heheee..

Tapi apapun yang penting happy bersama dengan family di hujung minggu. Sama-sama berkongsi minat. Tak minat pun kena belajar meminatkan diri...(^^)


Friday, April 22, 2016

Enaknya Tidur

Namanya Jelita Miau... Penghibur hati kami sekeluarga. 

Aku suka dengan tikar ini. sungguh selesa.
enak tidur di buatnya...
Kalau dah mengantuk macam ini lah dia tidur hehehee.  Tak kisah mana tempat asalkan ada tempat baring yang nyaman. Kena lagi dengan cuaca yang panas sekarang ini. Memang di situ lah dia baring tertidur. Macam-macam gaya posisi tidurnya.


Jangan kacau bah!!!!....

Anak saya memang sangat suka kacau JM bila tidur. Tapi JM malas nak layan. Tidurnya di layan lebih hehe..

Saya suka sentuh  bulu-bulunya yang halus. Dia memang rajin membersihkan badannya. Dulu masa dia datang ke rumah, badannya kurus..kecil..comot dan bekurap. Kesian tengo dia. Tapi Alhamdulillah sekarang dia dah besar..dah cantik Jelita..dan nakal juga... (^^)