Pages

Monday, January 26, 2015

Cara Mudah & Cepat Menyusun Buku Sekolah Mengikut Jadual

Saya dapat tips ini dari perkongsian member di group whatsapp. Nampak menarik dan praktikal. Semalam baru buat. Asalnya nak gunakan sticker. Senang nak lekatkan. Tapi jumpa warna putih saja masa nak membelinya. Jadi Saya gunakan kertas memo yang berwarna. Gunting kecil-kecil dan lekatkan di tepi buku teks.

Cara Mudah & Cepat Menyusun Buku Sekolah Mengikut Jadual
5 warna berlainan. Satu warna mewakili satu hari.

Tuliskan hari pada setiap kertas berwarna dan lekatkan di loker anak-anak. Warna hijau untuk hari isnin. Merah untuk hari selasa. Kuning untuk hari rabu. Biru untuk hari khamis dan putih untuk hari jumaat. Maksudnya satu warna mewakili satu hari.

Bila hari isnin masukkan buku teks yang bertanda hijau sahaja. Dan begitulah juga bila hari seterusnya. 

Anak-anak pun suka. Siap lekatkan semalam, terus susun buku untuk hari isnin. Mudah dan cepat menyusun buku. Tidak perlu lagi tengok jadual waktu setiap hari nanti.

Cara Mudah & Cepat Menyusun Buku Sekolah Mengikut Jadual
Siap dah..^^
Buku teks anak-anak, dah siap tampal warna. Terima kasih lah pada yang telah berkongsi idea ini. 


7 comments:

  1. lahhh, Mama masa zaman sekolah sy naik lunyai kertas jadual di belek2..
    yg hairannye wlpun sy tengok tetap jugak kadang2 tu buku tertinggal..hehee

    ReplyDelete
  2. bagus mama dia ni.rajin dan kreatif

    ReplyDelete
  3. follow u #415.mind to hit me back?

    ReplyDelete
  4. Salam dari bunda...

    bagus juga cara ni...bolehlah bunda bagitau kat anak2 sedara bunda...

    ReplyDelete
  5. bagus idea ni.Izinkan share on fb.Mudah2mudahan berguna buat ibubapa yg lain.TQ

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)