Pages

Tuesday, January 21, 2014

Tanam Serai Wangi

Kerajinan saya datang baru-baru ini. Saya, ditemani Hero bongsu saya menanam Pokok Serai Wangi dekat dapur dan satu lagi depan balkoni rumah. Disebabkan hujan selalu turun akhir-akhir ini, senanglah saya mengorek tanahnya walaupun sedikit berbatu. Hero bongsu saya pun ikut sama mengorek tanah sambil cakap "Yes..Yes..Yes.."... Dan suruh saya tengok hasil kerjanya. Seronok dan bangga sebab berjaya mengorek tanah hehe..

Serai Wangi

Saya potong daun bahagian atas dan tanam bahagian batangnya sahaja. Daunnya saya ambil, nanti boleh guna untuk mandi. Suka ramas daunnya dan hidu baunya yang wangi itu. Aromanya lebih kuat berbanding serai biasa yang selalu digunakan masa memasak. Selalunya selepas bersalin pokok herba ini lah yang saya gunakan semasa mandi. Daunnya yang sudah kering direbus dan biarkan suam-suam kemudian guna masa mandi. Selesa..segar lepas mandi..^-^.

Harap-haraplah tumbuh subur Serai Wangi ini nanti...^__^

32 comments:

  1. ASSALMUALAIKUM...

    WAHH TANAM SERAI WANGI...
    NAK KONGSI PETUA NAK HILANGKAN SAKIT SENDI, MANDI AIR REBUSAN SERAI WANGI SELAMAT MENCUBA...

    TQ SANGAT SEBAB BG ULASAN... LEGA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Bonde..
      tq jg komen sini..^_^
      sakit sendi pun boleh ka pula..tq kongsi petua Bonde..

      Delete
  2. Salam.. haritu sy berpantang anak-2 ni pun ade mandi dgn serai wangi ni.. baru tau bau die sgt la best masa mandi tu, semerbak bau satu bilik air.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Hanie..a'ah betul tu..mmg serai jenis ni wangi sgt..x mcm serai yg biasa tu

      Delete
  3. semoga tumbuh subur ya mbak ,,tanaman serai wanginya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Valentino..mau menunggunya tumbuh merimbun mau 6 bln jg..

      Delete
  4. Suka bau serai..salam rabu Mamarey!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Harap2 tumbuh subur...kalau byk nanti bg SA sikit...serai wangi ni ke yg ada keluar kan batu cincin tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke nak..bole dkirimkn..tp camna ah..tak rosak ke nti..
      Ada jg baca ttg mitos serai wangi ni tp tak tau lah pla betul ke tak..

      Delete
  6. serai wangi ni daunnyer direbus n mandi dengan air rebusan daun serai wangi ni dapat segarkan badan kita..
    tapikan saya tak leh lupa akak saya pernah letak serai ni dalam gulai aper tah
    habis satu rumah sakit perut klakar sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadoii..mesti trauma guna serai wangi ni hehehe..
      Yup..betul tu lizz..guna utk bertangas pn bgs tp cmprkn dgn daun herba yg lg brkesan

      Delete
  7. mmg banyak kegunaannya utk kesihatan ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn utk mandi sj kn KA..ada jg yg buat minyak urut dr serai wangi ni

      Delete
  8. seronok hero tu dapat tanam serai wangi ya MamaRey.. harapnya tumbuh dgn subur...
    wah! mo try jugak lah nak mandi guna daun serai tu..mmsti wangi & segar kan?...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nda mau ketinggln bah tu aTie..ikut sm jg mau mengorek..hrp tgn ni sejuk..hehehe..
      Try lah aTie..ada djual d tamu jg bah ni

      Delete
  9. best2..semoga tumbuh dengan rimbun..hehe

    ReplyDelete
  10. serai wangi ni jadi rebutan semua...sure nyamuk tak sudi singgah no
    mudah2an tumbuh subur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyamuk pn nti berkurang berterbgn d hkmn rmh kak..hehe..mudah2an tumbuh dgn subur kak..^-^

      Delete
  11. Orang ckp serai wangi blh buat minyak urut selain dr menhalau nyamuk...
    Ada jgk org ckp serai wangi tak blh makan..
    Betul ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul lah tu BUNDA..bokeh buat m.urut jg..
      Setahu sy sllnya serai wangi digunan utk tjn perubatan..tp abg ipar sy prnh jg gunakn serai wangi ni wktu masak..ms tu dia x tau pn serai tu serai wsngi..ibu sy kata ok je mskn abg ipar tu..kalo d google ada jg resepi yg mggunkn serai wabgi ni

      Delete
  12. Wahh lepas ni senanglah nak masak..petik je...buat minyak urut pon sesuai kan..Rajinnya Mama rey!hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajinan yg tiba2 dtg Mommy Aida hehe..sesuai Mommy tp sy x pandai buat m.urut dr serai ni..guna utk mandi je hehe

      Delete
  13. Wah serai wangi. Mesti wangi je nanti...memg elok dibuat utk mandi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Mimi..aromanya seakan2 lemon kn..wangi sgt..

      Delete
  14. salam singgah..mna dapat serai wangi ni mama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi singgah cni Ummi Ain..^-^..
      Serai ni adik bawa dari kg..kat kg tumbuh merimbun ibu tanam d kebunnya..

      Delete
  15. Kalau tangan mama yang tanam...Insyaallah, suburlah tumbuhnya tu.. :)

    ReplyDelete
  16. Semoga tumbuh dgn subur ya mamarey :)

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)