Pages

Monday, July 22, 2013

Menahan Sakit Perut Di Sekolah

Pagi tadi sekitar jam 11:30am, saya menerima panggilan dari guru kelas Hero keempat saya yang berumur 7 tahun. Cikgu tu bagi tahu, Dnil anak saya demam dan kelihatan pucat. Dengan segera saya hubungi Mr.Sawo yang sedang berkerja supaya cepat-cepat ambil Dnil di sekolah. 

Risau sebab anak saya ini ada asthma. Memang dia ada batuk-batuk sikit tapi demam tu tiada. Tanda-tanda sesak nafas pun tiada (biasa waktu malam dia kena serangan). Dia kelihatan okey dan ceria sahaja masa pergi sekolah awal pagi tadi.

Dari luar kedengaran bunyi kereta Mr.Sawo, berhenti parking dekat rumah. Bila dengar bunyi tapak kasut naik menuju pintu, cepat-cepat saya buka pintu. Nampak wajah Hero saya yang kelihatan pucat terus meluru masuk rumah dan terus masuk ke tandas. Saya sempat bertanya, "ada rasa sesak nafas". Dia menjawab "tiada"..

Lama juga dia duduk di dalam sana. "hmm..Sakit perut agaknya dia ni.."..Sebaik dia keluar dari membuang, saya bertanya..

" Dnil sakit perut ka..?"

"Iya..di sekolah tadi sakit sangat perut saya"

"Kenapa nda pi toilet?.."

"Cikgu tu pandai marah bah mummy..masa belajar nda bole kuar-kuar. Jadi saya tahan ja lah.."

"Bila lagi rasa sakit?.."

"Lepas rehat..."

Masa rehat sekolah ialah 9.50am~10.15am. Maksudnya dia menahan sakit perut di sekolah tadi selepas rehat hinggalah dia diambil dan sampai rumah dekat jam 12 tengahari. Hampir 2 jam... Kesian dia..Sambil sapu minyak angin di perut dia sambil saya terangkan pada dia yang cikgu tidak akan marah punya kalau ada minta kebenaran pergi ke tandas. Dia diam sahaja. Agaknya dia takut minta kebenaran sebab dia kata Cikgu Bahasa Melayu dia tu garang..

Selepas membuang tadi, baru nampak dia sihat. Muka pun tidak pucat lagi. Chek suhu badan pun okey. Muka riang ria ceria sambil makan Mee Goreng Sedap yang di masaknya sendiri..Makan bersama dengan si abang yang puasa hanya setengah hari sahaja..:)


Sedang masak Mee Sedap..
owhh..tak puasa ye...

24 comments:

  1. singgah ptg mamarey..haha..makan megi ye hero tu,nanti lg sakit perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah M3H..dah sihat terus makan mee sedap huhu

      Delete
  2. kesian dekat Dnil... sampai macam tu sekali tahan sakit perut sbb takut cikgu marah... nasib baik nothing serius...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gara2 takut dgn cikgu tu tak berani dia nak minta kebenaran..alahai..ingatkan sakit apa smpai cikgunya cal suruh dtg ambil..hehe

      Delete
  3. Ohhhh...masak mee sedap...nda puasa ye...

    ReplyDelete
  4. kesiannyaa dia.. kerana takut minta kebenaran dari cikgu nak pergi tandas, dia sanggup tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. menahan sakitnya sampai nampak pucat ..cikgu dia pn risau tengok Dnil pucat...tak sangka jg dia sanggup menahan gara2 takut minta kebenaran dr cikgu

      Delete
  5. Cikgu garang..tu yg takut sangat! Tapi cikgu xle kejam...cuma garang je kan.
    Mujurlah cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah kejam BM..cikgu tu baik sbnrny...anak sy ni mmg ada penakut sikit BM..

      Delete
  6. La kesiannya dia..nasib baik tak apa-apakan mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sy risau asthmanya datang sebenarnya Raud..sbb dia ada batuk2 sikit

      Delete
  7. kesian dia.. tahan sakit perut semata-mata takutkan cikgu.. lain kali mungkin dia faham..

    ReplyDelete
  8. kesiannya dia sis....
    lama tu dia menahan isk isk isk....

    ReplyDelete
  9. saya pun klu perut meragam x leh thn , lagi la klu budak kan ! ... cikgu tuh jgnlah straight sgt ... kesian ...

    ReplyDelete
  10. nasib baik hero mama rey tak ada apa-apa kan, :)

    ReplyDelete
  11. alahaii kesiannyaa...kesian menahan sakit..nasib baik dh sihat..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. wah.. sedapnye..
    hehe..
    mujur tak demam. dpt balik awal la ye hero mama rey ni. :)

    ReplyDelete
  13. Laaa....rupanya pucat nak yak hehe.... sedap makan mee sedap tu yeh Dnil hehe

    ReplyDelete
  14. Kesian, tahan sakit perut sampai balik rumah. Harap semuanya dah ok ya Mama Rey.

    ReplyDelete
  15. Haha.. Kelakar juga kisah puasa hero ni ye.. Boleh makan mee sedap mestilah seronok, kan? Meriahla rumah mamarey sebab ada ramai hero..

    ReplyDelete
  16. kesian dnil menahan sakit perut ye...wah bole memasak mee goreng sedap lg tu

    ReplyDelete
  17. laaaa..kesiannya dia…rupanya menahan sakit perut sebab takut cikgu marah..huhu…lamanya menahan tu kan.

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)