Pages

Tuesday, July 30, 2013

Hidung Berdarah

Kelmarin Hero kedua saya memanggil..

"Mummy hidung saya berdarah"

Bila saya lihat, darah sedang mengalir dari hidungnya. Selalunya darah akan keluar dari hidung anak saya bila cuaca panas juga bila kena selesma.

Pertama kali hidung anak saya keluar darah rasa panik juga. Apa tidaknya bila melihat darah merah pekat segar tiba-tiba saja keluar dari hidungnya. Bila kes macam ini sebagai ibubapa seharusnya jangan panik. Nanti si anak pun akan terikut panik melihat hidungnya berdarah..(Pengalaman saya..)..HARUS BERTENANG..:)
Penyebab mimisan
Hidung berdarah
sumber:google

Bagaimana menghentikannya?.. 

Ini yang selalu saya lakukan bila hidung anak saya berdarah:

  1. Saya akan suruh anak saya duduk menyandar dengan kepala kehadapan sedikit. Kalau sebelum ini saya akan suruh baring atau dongakkan kepala, tapi itu sebenarnya tidak betul. Saya dinasihatkan oleh seorang pembantu pegawai perubatan di sebuah hospital supaya jangan lakukannya. Sebabnya, darah akan masuk ke kerongkong seterusnya masuk dalam paru-paru dan perut yang boleh menyebabkan muntah.
  2. Lepas tu picit hidung dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Mulut pula mesti dalam keadaan ternganga supaya boleh bernafas. Hidung tutup, mulut tutup susah pula bernafas..Picit hidung biar cara yang lembut dan lama sikit... Dan dengan penuh kesabaran Hero saya memicit hidungnya yang kurang mancung itu sambil menonton rancangan bola kegemarannya.
  3. Letak ais di atas hidung. Sambil si Hero memicit hidung sambil juga bahagian batang hidung dibasahkan dengan air. Kebetulan stock ais dalam peti ais tiada, jadi air sejuklah jadi penggantinya.
  4. Beri minum air. Air segelas saya berikan pada Hero saya. Walaupun tidak berasa haus, terpaksa juga si Hero minum air yang saya berikan padanya.
Alhamdulillah...Tidak berapa lama kemudian darah berhenti keluar dari hidung Hero saya.

Mungkin korang pun ada pengalaman hidung berdarah macam anak saya. Kalau ada, bolehlah kongsi bersama bagaimana cara hentikan hidung berdarah. Atau pun petua yang mungkin korang tahu untuk hentikan pendarahan hidung.

20 comments:

  1. Tips bagus untuk anak-anak yang hidungnya berdarah, kalau disini namanya "mimisan" Cik..

    ReplyDelete
  2. Assalam..sy ingin berkongsi petua pabila hidung berdarah. orang tua2 ckp ms darah xnak stop, sumbat daun sirih sebagai pengganti kapas. InsyaAllah darah akan stop ngan sdiri. Anak sy pn slalu alami hidung berdarah semasa tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam....baru tau ni Nurhusnina..nanti sy try petua ni..tq berkongsi ya..:)

      Delete
  3. Tak pernah langsung mengalami kejadian hidung berdarah termasuklah semua ahli keluarga...jadi tiada pengalaman yg dapat dikongsi.
    Tapi cara Mama ni pun amat baik dan boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete
  4. cuaca panas ke yg sebabkan hidung berdarah? sy x pernah kena tp cara menangani ni akan sy praktikkan kalau terjadi...

    ReplyDelete
  5. blh lah saya praktikkan bila jumpa situasi mcm nih nanti ...

    ReplyDelete
  6. tq share tips ni, tapi kalau kat kg mmg org2 tua suh sumbat dgn dauh sirih yang digulung2 mmg berkesan hentikan darah tu... Dan satu lagi kalau kerap sgt kena mcm ni harus bawa check ke doktor juga yer

    ReplyDelete
  7. Saya pun sama, emak sumbat hidung dgn daun sirih bila berdarah. --> pengalaman masa kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  8. Baik karena uda memiliki cara untuk atasi ya...

    ReplyDelete
  9. Ndak pernah lagi ada pengalaman ni MamaRey.
    boleh lah kongsi tips ni klu terjadi nti..
    harap2nya hero kedua Ok sdh ya...

    ReplyDelete
  10. tq share info. baru tau xleh dongak kepala kalau hidung berdarah.

    ReplyDelete
  11. Kat sekolah, cara ni jugak kami parkatikkan. Kantin sekolah le jadi mangsa minta ais batu, heee

    ReplyDelete
  12. keluarga saya tak ada yang pernah kena hidung berdarah ni.. saya tak tau nak kongsikan apa2 tips pada mamarey. maafkan saya

    ReplyDelete
  13. jadi begitu caranya menghentikan hidung yg sering berdarah
    sangat menarik dan berguna
    terima kasih sudah share

    ReplyDelete
  14. saya pernah de pengalaman hidung berdarah sbb cuaca terlalu panas....yips kat ats nih memg sama ape yg sy buat utk stop kan..

    ReplyDelete
  15. good info.. timekaseh mak yee..,eehHee

    ReplyDelete
  16. masa kecil-kecil selalu jugak diserang "penyakit" ni mama..memang suspenlah bila tengok darah banyak mengalir...rasanya cara mama tu memang ok coz itu yang kita selalu buat dulu..

    ReplyDelete
  17. guna daun sireh mama..ada ank blogger alami hidung berdarah.

    ReplyDelete
  18. saya pun tak pernah alami... tapi dapat pengetahuan bila baca etry ni, lain kali kalau berlaku tahulah apa yang nak dibuat..

    ReplyDelete
  19. hidung berdarah sbb pnas dalam.. bagi minum air barli selalu.. :)

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)