Pages

Friday, April 26, 2013

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri..

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.



sumber:  I Am Proud To Be A Muslim


23 comments:

  1. baru 1st baca kisah ni..huhu
    kalau budak2 sekarang tak sedap laju ja complaint..banyak songeh kan..uhuuh

    ReplyDelete
  2. Salam Mama,
    Dah baca kisah ini tapi membacanya kembali umpama baru pertama kali, kisahnya sungguh mendalam utk dijadikan panduan seorang anak dan kehidupan berumahtangga.

    ReplyDelete
  3. bagus kalo dpt suami/ank yng tak kaki komplen..

    ReplyDelete
  4. aah..bdak2 skrang xsedap skit xnak makan dah..aiiii -_-

    ReplyDelete
  5. Tersentuh hati kakak membacanya. Indah. Cantik. Hidup yg penuh dgn kasih-sayang akan membuahkan kemanisan yg berpanjangan. Jujur kakak suka N3 ini.

    ReplyDelete
  6. erm! betapa besar pengorbanan seorang isteri sbnrnya.. kasih ayah juga sepanjang hayat...
    pengajaran nya jgn suka komplain tanpa memikir kan perasaan org lain.. sentiasa lah bersyukur & terima seadanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Weekend Mama Rey...kemana hari ini??:)

      Delete
    2. tq aTie selalu dtg bertandang ke mari..pounsikou Tambalut ..:)

      Delete
  7. oh so sweet kalau hidup kita sperti cerita diatas..

    ReplyDelete
  8. Sweet story kan, setiap pasangan ada cara masing2 untuk bahgia, the most important is to know our partner very well. :D:D

    ReplyDelete
  9. Cerita yang sangat menarik...
    Bagus dapat suami yang pandai jaga hati mcm tu :)
    Tapi apa pun, kita kena tetap bersyukur dgn pasangan masing2 :)

    ReplyDelete
  10. saling menerima seadanya. bestnya kalau dpt pasangan mcm tu. ;)

    ReplyDelete
  11. bagus nyer kalau semua lelaki mcm ni.sekurangnya hargai la isteri yg penat2 masak kan.hehe

    ReplyDelete
  12. bahagia rumahtangga kalau pasangan terima kekurangan pasangan seadanya..

    ReplyDelete
  13. Terharu baca entry nih
    Isteri dan suami perlu sling memahami

    ReplyDelete
  14. kalau anak yg kuat komplen, susah laa.. macam sy, hentam je tapi ada komplen2 jugak..haha

    ReplyDelete
  15. nasib baik ayah jenis tak komplen..

    ReplyDelete
  16. Tersemat dihati baca entri ni...
    Aku selalu tlg wife basuh baju....kikiikii

    ReplyDelete
  17. saya ada baca ni kat fb. suami yg menghargai pengorbanan isteri.

    ReplyDelete
  18. tersentuh sy bace entri ni..saling menghargai...rahsia kerukunan rumah tangga...

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)